Seni & Sukan 14 Apr, 2021

Berita Terkini| Warga Shah Alam! MBSA tawar diskaun kompaun 50%! Dari 13 April hingga 12 Mei!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan diskaun kompaun sebanyak 50 peratus sempena Kempen Pengurangan Kompaun pada bulan Ramadan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, kempen berkenaan yang bermula Selasa, 13 April 2021 itu akan berakhir sehingga 12 Mei 2021 melibatkan sembilan kesalahan utama antara jenis-jenis kompaun yang layak untuk mendapat pengurangan adalah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983 dan Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005.

“Selain itu, kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007 dan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007 turut diberi potongan yang sama.

“Turut mendapat pengurangan 50 peratus ialah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu 14 April 2021.

Orang ramai yang mempunyai kompaun digalakkan menggunakan peluang ini untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

0
5
0
0
0
You will be interested