ANAK mana yang tidak rindukan si ayah setelah lama tidak bersua muka apatah lagi usia masih kecil yang belum kenal erti kehidupan. Kita yang besar ini pun kalau renggang dengan emak atau ayah seketika sudah mula rindu, ini kan pula anak-anak kecil?? Fuhh tiba-tiba rindu keluarga kampung!! : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan ayah:
https://kitareporters.com/search?search=ayah
Setelah sekian lama tidak berjumpa dek kerana COVID-19, anak kecil ini kelihatan begitu gembira apabila melihat ayah mereka.
"Papa, papa, papa, papa, papa,"
Kredit video: Twitter Nurul Huda Rosly.
Tiba-tiba penulis rasa nak berumah tangga pula. Ada yang sudi tak. Alamak teriklan pula.
Jika dilihat, mereka ini seperti kembar dari belakang dengan saiz mereka hampir sama. Namun begitu, menurut ibu kepada dua orang anak ini, mereka ada adik dan abang.
Malah mereka juga dikhabarkan begitu akrab dengan si ayah berbanding ibunya. Tak hairanlah kalau mereka ini asyik sebut "papa papa papa".
Mesti anda sudah tonton video ini kan tapi perasan tak apa yang dibawa oleh ayah mereka ketika itu?
Bekas makanan atau tupperware!!
Benarlah orang kata, orang perempuan ini kalau hilang bekas mereka itu, mahunya sebulan membebel ehehheeheh.... ini yang kerja askar yop, tunduk juga pada isteri.
Laki di luar sana, hati-hati dengan tupperware isteri anda takut nanti boleh jadi perang dingin pula.
Video yang dimuat naik oleh Nurul Huda Rosly dalam laman twittter miliknya itu telah ditonton hampir 46,000 kali, setakt pukul 9 malam 16 September 2020. Malah lagu latar naynyian Hafiz Suip itu memang kena dengan situasi ketika itu. - KitaReporters