Gaya 15 Oct, 2020

Neelofa berniqab! Mohon doa terus istiqamah! Ini bukan gimik

@fariza saidin
First Editor of HAI Magazine, Jourmalist for WANITA Magazine of Utusan Group of Companies. Asst Chief Sub Utusan Malaysia, Journalist cum Blogger @ CCKakFasonline

Share this

“Subhanallah, cantiknya! Ya Allah milik siapakah wanita bak bidadari syurga ini.” Itu antara komen seorang warganet antara ribuan komen yang diterima sebaik sahaja bintang terkenal, Neelofa memuat naik gambarnya berniqab dalam laman sosial Instagramnya @neelofa. - KitaReporters 


Lagi cerita-cerita berkaitan Neelofa:

https://kitareporters.com/search?search=neelofa


“Cutenya Neelofa walaupun berniqab,” puji seorang pengikut lain.

 Ini bukan gimik tau ini betul-betul! 

Gambar pertama yang dimuat naik Neelofa dengan berniqab serba hitam dilengkapkan dengan sepotong ayat Al-Quran iaitu Surah Yunus Ayat 26.



Masih tak percaya? 

Apa kata korang jenguk pula ke  laman instagram ibonda pengacara dan usahawan fesyen terkenal ini @noorkartini yang turut memuat naik video memperlihatkan beliau memeluk erat anaknya, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa ketika bekas pengacara Meletop itu melawatnya dengan berniqab rona krim sepadan tudung.

“Masya-Allah, Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.  

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat Islam, amin. Love you bidadariku @neelofa,” tulis ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.




Atas kesyukuran ibunya itu, Lofa membalasnya dengan rasa sebak menerusi IG Storynya ketika memuat naik sekeping gambar berniqab sambil memperagakan barangan kemas terbaharu di bawah jenama Swarovski di mana beliau merupakan dutanya, dengan kata-kata: 

“The moment she saw me in niqab @noorkartini. Insan teragung yang sentiasa berada disisiku di setiap langkah. I love you so much.” 



Foto terbaharu yang dimuat naik itu turut mendapat maklum balas dan komen sehingga daripada rakan-rakan artis termasuklah daripada penyanyi tersohor,  Dato Seri Siti Nurhaliza dan Misz Nina yang dah lama berhijab serta pengikutnya yang berjumlah 7.8 juta.


Malah lebih meyakinkan apabila penulis menerima juga WhatsApp daripada Shawn Amer, yang merupakan PR Neelofa bagi media, mengirimkan sekeping nota dua perenggan yang ditulisnya sendiri memohon doa agar sentiasa istiqamah.



Alhamdullilah Lofa! Semoga penghijrahan ini terus membawa sinar kebahagian dunia akhirat. - KitaReporters
You will be interested

Masa kecil comot dan kotor! Kini dinobat Miss Vietnam 2020!

Do Thi Ha, berusia 19 tahun yang dilahirkan di wilayah Thanh Hoa, berasal daripada keluarga petani. Sering bantu ibu bapanya yang bekerja kampung dan jaga lembu

Zuhayati Yazid in Gaya 2 days ago

Video| Anugerah MeleTOP 2020 lakar sejarah! Format 4K UHD!

Setelah Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 yang sepatutnya pada 21 April 2020 tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, ia kini akan diadakan pada 20 Disember 2020
Fariza Saidin in Gaya 4 hours ago

Khalifah budaya bangsa! Dendang Anak martabat budaya Melayu!

Kumpulan Dendang Anak ditubuhkan di Kampung Jenagor, Hulu Terengganu pada 1997. Aktif buat persembahan untuk ketengahkan muzik etnik nusantara dan budaya Melayu
Rosdi Ismail in Gaya 5 hours ago

Video| Siti Nurhaliza hamil 4 bulan! Kepingin seorang putera

Siti Nurhaliza Tarudin umum sah hamil anak kedua hasil daripada kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). "Seronok kalau dapat sepasang, jadi doakan," katanya
Fariza Saidin in Gaya 1 day ago

Video| Muss kembali menyengat! Pukau pentas episod ke-8 GV7!

Kerana dapat lagu rock iaitu Seragam Hitam nyanyian kumpulan Kristal, bekas penyanyi kumpulan May, Muss mengawal pentas dengan baik dengan gaya rock tersendiri
Fauzan Uda Ahmad in Gaya 2 days ago