Seni & Sukan 16 May, 2021

Berita Terkini| Agih sate raya kepada anak yatim! ADUN Cukai langgar SOP PKP! Kena kompaun RM2k!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat dikompaun RM2,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana melakukan ziarah dengan menghantar sumbangan pada 1 Syawal.

Hanafiah menerusi laman Facebooknya berkata, walaupun dikenakan kompaun kerana melanggar SOP, beliau reda kerana telah menunaikan permintaan rakyat.

"Saya reda kerana sekurang-kurangnya saya boleh menjawab kepada Allah SWT di akhirat mengenai amanah yang diletakkan ke atas bahu saya sebagai wakil rakyat.

"Saya sudah tunaikan permintaan mereka. Demi rakyat, saya rela berkorban, dikompaun," katanya yang petik oleh Sinar Harian, Ahad 16 Mei 2021.

Mengulas mengenai kompaun tersebut, katanya, beliau telah menerima panggilan daripada seorang ibu tunggal yang menyatakan hasrat bahawa anaknya ingin makan sate pada pagi Syawal.

"Simpati dengan permintaan si anak saya mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke kediaman tersebut untuk menghantar sate bersama kuih dan duit raya.

"Dalam masa yang sama ada  empat hingga enam rumah yang saya kunjungi untuk tujuan sama," katanya.

Susulan gambar tular dalam media sosial Khamis, 13 Mei lalu yang menunjukkan wakil rakyat terbabit melawat anak yatim dan memberi duit raya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Hanafiah yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

"ADUN Cukai tersebut telah hadir ke IPD Kemaman pada jam 9 malam 15 Mei 2021 untuk memberikan keterangan berhubung gambar tular beliau di media sosial.

"Susulan itu, beliau dikenakan kompaun RM2,000 kerana melanggar SOP PKP dengan melakukan ziarah pada pagi Aidilfitri," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

 

0
0
1
0
1
You will be interested