Seni & Sukan 13 Dec, 2020

Video| Impian dimakbulkan! Tok Ti bakal ada sepasang anak!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

PADA 1 Disember 2020 lalu, ketika Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan hamil anak kedua dan berharap dapat menimang anak lelaki supaya dapat sepasang anak. Dan nampak gayanya impiannya dimakbulkan apabila berkongsi berita bahagia itu sempena ulang tahun ke-5 platform e-dagang, Shopee secara langsung pada 12 Disember 2020. : KitaReporters


Siti bersama suami, membuat pengumuman jantina bayi keduanya di Shopee Live pada 12 Disember 2020.




Lagi kisah-kisah berkaitan Siti Nurhaliza:

https://kitareporters.com/search?search=siti+nurhaliza


Pendedahan yang dibuat bersama suami tercinta, Datuk Khalid Mohamad Jiwa itu turut dikongsi dalam laman Instagramnya, sekali gus mendapat ribuan komen yang rata-rata turut ucap tahniah dan berkongsi gembira dengan perkhabaran itu.

Artis pertama yang memberikan ucapan tahniah tidak lain adalah pengantin baru, Mira Filzah yang  turut melahirkan perasaan gembiranya.



Lebih menarik perhatian ramai yang menyaksikan siaran langsung itu apabila Datuk K  siap memberikan bayangan nama puteranya itu dengan meletakkan Muhammad pada pangkal awal nama yang akan diikuti oleh huruf ‘A’  waima kesemua anak-anak Datuk K bermula dengan abjad sama iaitu 'A'.

Daripada perkahwian terdahulunya bersama Tengku Zawiyah Tengku Izham, keempat-empat anak lelaki Datuk K bernama Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.



Penyanyi terkenal yang tersenarai dalam 100 Bintang Asia Pasifik paling berpengaruh di samping Neelofa, Siti Nurhaliza yang dijangka melahirkan puteranya pada usia 42 tahun ini mengakui kehamilannya kali ini berbeza ketika mengandungkan Siti Aafiyah yang kini sudah berusia 2 tahun.

Nampak gayanya, dalam tempoh negara dilanda pandemik pada tahun 2020 ini, pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ini semakin menikmati hikmahnya waima bukan sahaja berjaya hamil melalui kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF)  malah pada masa sama melancarkan produk-produk terbaharunya di bawah rangkaian BeauSiti dan produk kosmetik SimplySiti.



Terbaharu, Siti mengumumkan kolaborasi bersama jurusolek artis tempatan, Nuex Rosli atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Anwar Rosli dimana satu produk kosmetik bakal dikeluarkan tidak lama lagi.



Malah pengasas rangkaian produk NR Cosmetic ini turut rasa teruja dan tidak sangka daripada seorang peminat dapat duduk bersama penyanyi artis No. 1 Malaysia itu sebagai rakan bisnes bagi sebuah projek khas.

Tahniah Tok Ti sekali lagi. - KitaReporters

19
0
0
4
1
You will be interested