Seni & Sukan 12 Nov, 2021

Alamak! Tersalah campak beg! Sangkakan sampah! Rupa-rupanya terbuang wang tunai hampir RM90k!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


PERNAH tak anda rasa gelabah apabila mendapati duit di dalam poket atau dompet kurang daripada sepatutnya waima RM10 sekali pun?

Anda rasa ada simpan RM100 tetapi bia dikira ‘short’ RM10. Pening juga memikirkan di mana letak atau hilangnya duit tu ya tak? 

Itu baharu sedikit tetapi bayangkan jika ribuan ringgit yang berada di dalam tangan tetapi terbuang tanpa disedari. Tak ke lagi haru dan berdebar jantung dibuatnya apatah lagi jika duit itu perlu digunakan segera.


Lagi kisah menarik berkaitan kecuaian



Realitinya itulah yang berlaku kepada seorang usahawan di kepulauan Lemnos, Greece apabila hampir kehilangan €19,000  atau lebih kurang RM89,737 setelah tanpa disedarinya ‘membuang’ dua kampit wang tunai yang disimpan dalam beg sampah ke dalam tong sampah.

Laporan dari Daily Star menyebut, ahli perniagaan yang dirahsiakan namanya itu telah memasukkan wangnya ke dalam dua kampit beg plastik sampah dengan niat mahu membawanya bersama apabila melawat cawangan perniagaannya bagi mendepositkan wang tersebut.

Kebetulan pula, selain daripada dua kampit beg berisi wang, peniaga itu turut mempunyai kotak berisi sampah yang perlu dibuangkan.



Kisahnya berlaku semasa dia dalam perjalanan menuju destinasinya.

Sebelum tiba, peniaga berkenaan berhenti di sebuah kawasan pembuangan sampah seterusnya membuang  semua sampah yang berada di tangannya.

Tanpa disedari, dia turut membuang beg berisi wang tunai yang dipegang bersama.

Dan hanya setelah tiba di kedainya barulah dia perasan beg berisi wang yang mahu diambilnya untuk dimasukkan ke dalam mesin simpanan duit tiada.

“Saya melihat sekeliling dan menyedari beg yang penuh dengan wang itu tidak ada lagi. Saya mula panik dan berlari ke luar menuju ke tempat pembuangan sampah,” cerita beliau.


Tong sampah di mana wang tersebut dibuang. - Kredit foto: madata.gr


Tanpa membuang masa, dia terus memberhentikan lori sampah yang sudah mengangkut sampahnya sambil bercerita mengenai kesilapannya kepada tiga pekerja lori berkenaan.

Ekoran itu, kesemua mereka membantu mengorek dan mencari beg sampah namun hanya berjaya menemui beg wang tunai pertama.

Tidak terhenti begitu sahaja, lori sampah terpaksa menghamburkan ke semua sampah di tepi jalan bagi mencari kesemua bag sampah yang ada. Akhirnya, beg plastik sampah kedua berisi wang pemilik peniaga itu dijumpai.

Kira nasib baiklah dia berjaya menjejaki lori sampah itu sebelum kandungannya dibakar ya tak?

Jika tidak bukan lagi menangis tak berlagu tetapi tentu menyesal seumur hidup waima pada tempoh pandemik COVID-19 ini ketika ekonomi merudum dan wang ringgit sukar diperoleh, mahu tak ‘berputih mata’ wang di dalam genggaman d buang begitu sahaja.

Tapi itulah jika rezeki tidak salah alamat, ia tetap rezeki kita. 

Teladannya di sini ialah kita jangan alpha dan perlu sentiasa fokus terhadap apa yang dilakukan waima membuang sampah sekalipun. - KitaReporters


11
14
0
14
0
You will be interested