Seni & Sukan 29 Oct, 2021

Video| Akhirnya Aryan diikat jamin! Shah Rukh rasa syukur! Ribuan peminat berkumpul rai kebebasan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dan isteri, Gauri Khan akhirnya dapat melelapkan mata dengan lena selepas anak sulung kesayangan mereka dibebaskan dengan ikat jamin selepas  'berkampung' selama 25 hari di dalam penjara.

Aryan Khan akhirnya dibenarkan ikat jamin pada Khamis, 28 Oktober 2021 atas tuduhan berkaitan dengan rampasan dadah. 


Lagi kisah-kisaj menarik berkaitan dunia Bollywood


Peminat berkumpul di depan kediaman SRK dengan membawa poster dan menyalakan bunga api. - Kredit foto: Indian Express


Memetik laporan Indian Express Today, Mahkamah Tinggi Mumbai menerima permohonan ikat jamin setelah sebelum ini, permohonan ikat jamin Aryan buat kali kedua ditolak.

Turut dibebas ialah dua rakan Aryan, pelakon Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamchecha setelah mereka juga dibenarkan diikat jamin.


Aryan meninggalkan mahkamah setelah diberi kebebasan dengan ikat jamin. - Kredit foto: Indian Express


Kesemua mereka adalah antara 7 individu yang ditahan oleh pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) India yang melakukan penyamaran ketika membuat serbuan ke atas kapal Cordelia ketika kapal persiaran itu berlayar menuju Goa pada 3 Oktober 2021. 

Isu dadah sejak beberapa hari ini mencetuskan kontroversi, berikutan timbul dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta-juta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem terkenal Bollywood itu

Dengan pembebasan Aryan, SRK dan Gauri akan kembali meraikan acara yang sebelum ini dibatalkan. 

Sebelum ini SRK berhasrat untuk membatalkan majlis ulang tahun yang disambut setiap tahun. Malah sambutan Deepavali  juga dibatalkan berikutan terlalu sedih dengan apa yang berlaku terhadap anak sulungnya.



Kini selepas semua yang berlaku, SRK dan Gauri mahu meraikan semula perayaan berkenaan sebagai meraikan kebebasan anak sulung kesayangan mereka itu, menjadi kelaziman setiap tahun peminat akan berhimpun di hadapan kediaman mewah SRK, Mannat sebagai sempena hari ulang tahun kelahiran pelakon pujaan ramai itu.

Pembebasan Aryan turut disambut syukur oleh ribuan peminat pelakon muda itu.

Terdapat sejumlah peminat sanggup menunggu di luar kediaman SRK beberapa jam sambil memegang poster dan membakar bunga api sebagai tanda sokongan kepada Aryan.



SRK dan Gauri sebelum ini  hampir kecewa dan merasakan Aryan akan terus ditahan dalam penjara hingga menyebabkan pasangan suami isteri itu merancang untuk membatalkan dua acara penting pada minggu pertama November.

Ia adalah sambutan ulang tahun SRK pada 2 November dan sambutan Deepavali di kediaman mewah mereka.

Kini dengan pembebasan Aryan dua majlis itu akan  kembali diadakan. Dalam beberapa klip video yang tersebar kelihatan wajah gembira SRK sekeluarga dan pasukan peguam atas pembebasan Aryan.

Aryan dijangka dibebas Jumaat, 29 Oktober atau Sabtu, 30 Oktober 2021 ini. Pelakon ini  akan dihidang makanan kegemarannya apabila kembali ke Mannat setelah tidak berselera makan sepanjang dalam penjara. - KitaReporters


SRK cukup menyayangi Aryan dan bersyukur berjaya membebaskannya. Kredit foto: Indian Express.

15
21
0
13
0
You will be interested