Wajah sedih Suhana dan menitiskan air mata menimbulkan seribu satu persoalan dalam kalangan netizen mengenai rumah tangga ibu bapanya.
Lagi cerita-cerita berkaitan Shah Rukh Khan:
Perkahwinan SRK, 55, dengan Gauri Khan, 49, selama 29 tahun (sejak 1991) selama ini tidak terdengar akan gosip liar, walaupun perkahwinan mereka berbeza agama dan SRK senantiasa dikelilingi wanita jelita ketika berlakon.
Namun kedua-duanya mampu menjalankan kehidupan harmoni dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Aryan, Suhana dan Abraham Khan.
Tindakan Suhana memuat naik wajahnya yang sedang bersedih dalam Instagramnya @suhanakhan2 mengundang peminat SRK membuat spekulasi bahawa rumah tangga pelakon tersebut kini bermasalah dan ia mengundang kesedihan terhadap anaknya.
Pelbagai komen dan telahan dibuat oleh para pengikut media sosial Suhana selepas penyiaran gambar bersedih itu. Umumnya, jelas ramai yang bimbangkan keutuhan rumah tangga ibu bapanya.
Ketika sekatan perjalanan dikuatkuasakan di India, Suhana hanya berkurung di kediaman mewah keluarganya di Mumbai.
Dan rupa-rupanya sesi fotografi wajah dan diri Suhana menjadi tular hingga menimbulkan pelbagai cerita dan telahan berkenaan keluarga SRK.
Dalam salah satu gambar yang dipotret kelihatan Suhana berwajah sedih dan mengalirkan air mata. Selama ini, Suhana Khan tidak pernah terlihat menangis. Jadi apabila dia memuat naik gambar berkenaan menimbulkan kegemparan para netizen.
Namun peminat SRK lega apabila mengetahui gambar Suhana menangis tidak ada kaitan dengan rumah tangga bersama Gauri yang sudah berjalan rukun selama 29 tahun. - KitaReporters
Keluarga bahagia, SRK bersama Gauri dan anak-anak. - Kredit foto: theasianfamily.com