Seni & Sukan 21 Jul, 2020

Luahan cinta BCL kepada Ashraf! Jadi trending dalam medsos!

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this

"SUKAR untuk diungkapkan, terasa sesak nafas ini andai berdepan situasi kehilangan orang tersayang." Kini dengan single '12 Tahun Terindah' yang merupakan terjemahan perasaan cinta dan curahan hati penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) selepas pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, kata-kata itu telah menjadi trending dalam media sosial. : KitaReporters


Lagu dan muzik video 12 Tahun Terindah yang berdurasi lebih kurang 4:41 minit itu sudah ditonton hampir 10 juta penonton dalam masa 48 jam selepas dimuat naik pada 19 Julai 2020 lalu.

Tenyata ramai yang menyebut-nyebut lirik lagu tersebut begitu mendalam dan menyentuh perasaan kepada sesiapa pun yang mendengarnya.  

Ia juga diakui sendiri ibu mentua BCL, Khadijah A Rahman dalam laman sosial Instagramnya, yang menggunakan nama Dida_Sinclair. 

Khadijah dapat merasakan perasaan BCL malah mengagumi usaha figura cantik itu dan sentiasa memberi sokongan agar BCL serta Noah Aidan Sinclair terus kuat menempuh keadaan ini.


Sokongan padu ibu mertua antara yang menguatkan semangat BCL. - Kredit foto: IG dida_sinclair


Sementara itu, bagi adik Ashraf, Adam Sinclair pula menerusi Instagram miliknya juga menzahirkan rasa terharu setelah mendengar lagu yang cukup puitis itu.

Adam bangga dengan kekuatan yang ada dalam diri BCL. - Kredit foto: IG adamyousofunny


Dalam pada itu, rata-rata netizen yang selama ini menyokong kerjaya BCL juga dapat merasakan kesedihan yang sama atas kepergian Allahyarham Ashraf. 

Ada yang menyatakan tidak mampu membayangkan bagaimana perasaan penyanyi itu bersama anaknya.

Mereka tidak henti memberi sokongan yang padu buat BCL dan Noah agar mereka kekal kuat.


Antara sokongan dan dokongan tidak putus peminat dalam media sosial terhadap BCL. Malah tidak ketinggalan Makcik Kiah yang turut sama menghayati lagu tersebut.


 Lagu '12 Tahun Terindah' merupakan karya pertama BCL setelah kepergian suami tercinta dan diterbitkan di bawah label BCL iaitu BASH Music Company. 

Lagu yang dihasilkan bersama muzik video itu sudah mula ditayangkan dalam saluran YouTube rasminya, ‘It’s Me BCL’ bermula pada 19 Julai 2020 lalu.

Muzik video yang diarah oleh Adam Sinclair memaparkan gambar dan rakaman keluarga kecil Ashraf, BCL dan Noah. 

Paling menyentuh perasaan apabila memaparkan BCL berpegangan tangan dan memeluk anaknya Noah, yang disebutnya sebagai versi kecil dari Ashraf.

BCL menyatakan Noah adalah sebagai versi kecil diri Ashraf.


Allahyarham Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta Selatan pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. - KitaReporters


3
0
2
0
0
You will be interested