Seni & Sukan 21 May, 2020

Teman 'kom kom', sekali lif rosak! Kisah posmen cuit hati!!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SEORANG pengguna Facebook, berkongsi gambar dan kapsyen seorang posmen yang boleh dianggap lucu dan menghiburkan hati netizen. Menerusi kapsyen yang dipercayai ditulis oleh posmen tersebut, dia menceritakan pengalamannya menghantar satu barang berbungkus dari atas ke bawah milik seorang pelanggan di sebuah apartment di tingkat tujuh. : KitaReporters


Apa yang menariknya ialah barang tersebut dibungkus tak ubah seperti hantu pocong. Namun malangnya ketika mahu menghantarnya, lif di apartment tersebut rosak. 

Ditambah pula pemilik barangan tersebut tiada di rumah dan tidak menjawab panggilan telefon, akhirnya dia terpaksa mendukung ‘pocong’ tersebut turun naik ke tingkat tujuh.


“Nak buat macam mana kom kom, aku dah cuba satukan kamu dengan tuan kamu, malangnya tuan kamu tiada di rumah. Panggilan tak dijawab. 

"Tahu tak besar pengorbanan aku naik tingkat tujuh turun pun tingkat tujuh kendong kau turun naik. 

"Ingat tak pancit! Gila rasa nak tercabut lutut. Apalah kau ni kom kom. Sakit otak lif rosak,” tulisnya.


Namun ‘jodoh’ untuk dia menghantar barang tersebut agak kuat apabila pemilik tetap mahu dia menghantarnya pada petang itu juga. 

Namun kali ini nasibnya agak bernasib baik kerana ketika naik ke tingkat tujuh, lif dalam keadaan baik, Cuma ketika mahu turun lif kembali rosak.

“Kuat jodoh kamu kom kom. Pemilik suruh hantar juga. Nasib ngam naik lif okay, sekali nak turun rosak balik lif. 

"Okaylah kom kom setakat ini sahaja jodoh kita ya. Jangan meracau kuat sangat, rumah baru tingkat atas sekali pula tu. 

"Bye bye kom kom, ingatku dalam setiap loncatanmu di malam hari,” selorohnya hingga membuatkan netizen terhibur.


Manakala pemilik barangan tersebut yang dikenali sebagai Hani Sakri menjelaskan dia juga terkejut sebaik menerima barangan tersebut kerana tidak menyangka ia dibungkus sebegitu rupa.

“Kelmarin lif kat berek rosak. Abang Poslaju telefon en suami, dia tak angkat. Jiran bawah bagi tahu abang posmen tak boleh hantar barang ke atas, barang berat sebab duduk tingkat tujuh.

“Petang tu barulah dia hantar balik. Buka je pintu, terkejut beruk tengok packaging macam ni sampai anak cakap, mama ni gila ke order hantu pocong. Hahahahahhahaha, maaf ya abang pos, itu rod langsir dan langsir. Selok kero wei nak sukoooo. Apa laaa seller balut macam ni. Hahhahahahaha,” tulisnya di Facebook.


Rata-rata netizen terhibur dan dalam masa yang sama memuji kecekalan pekerja posmen tersebut yang begitu komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Netizen turut terhibur dan dalam masa yang sama memuji kecekalan pekerja Pos Laju tersebut.


Pelbagai pengalaman sama ada manis atau pahit yang dilalui oleh pekerja penghantar barang. Namun, tugas dan tanggungjawab tetap dipikul dengan penuh amanah. - KitaReporters


4
1
0
1
1
You will be interested