Seni & Sukan 12 Sep, 2022

Video| Dah agak dah! Ifa Raziah peserta pertama disingkir! Tersangkut pada episod 4 Terpaling Juara!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

HASRAT penyanyi dangdut Ifa Raziah, 46, untuk melangkah jauh dalam pertandingan realitI ‘Terpaling Juara’ TV3 terbantut apabila terkandas pada episod ke-4 pada Ahad, 11 September 2022.

Ini kerana pada episod ke-4  itu perlu ada penyingkiran walaupun semua peserta memperlihatkan persembahan lebih baik daripada minggu sebelumnya, maka juri tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sepakat menyingkirkan Ifa Raziah (Seripah Raziah Mustapha)


Lagi cerita-cerita kontroversi berkaitan Ifa Raziah

Ifa Raziah dah jangka akan tersingkir

Bagi Ifa walaupun memberi persembahan baik tetapi peserta lain juga memperlihatkan peningkatan. Jadi dia tidak terkejut apabila dirinya menjadi peserta pertama yang tersingkir

Ifa yang ditemui selepas pertandingan berkata dia tetap menjadi ‘Ifa Raziah’ yang asal dengan ligat mengadakan persembahan hiburan dan menguruskan perniagaannya.

Tambah Ifa, dia menyedari ramai yang mentertawakan dia terkeluar dan sudah bersedia menghadapi kecaman.


Pada episod 3, juri meletakkan dua penyanyi senior iaitu Ifa Raziah dan Hazami dalam senarai terakhir dan meminta  kedua-duanya meningkatkan persembahan jika tidak mahu disingkir dalam episod seterusnya. 



Hazami (Norkamal Hazami Ahmad), 47, menyahut cabaran itu dengan memberi vokal dan persembahan mantap sehingga membolehkan dia terpilih sebagai peserta terbaik bagi minggu ke-4 dan membawa pulang hadiah RM5,000. Ia bagi membuktikan kemampuannya sebagai guru vokal.

Hazami tergamam apabila diumum sebagai pemenang dan menewaskan juara dua minggu berturut-turut iaitu Shazreen Shaharom (Shaz).


Shazreen Shaharom


Sementara itu Hattan memuji usaha Aqeesh Aleeya (Aqeesh) dalam memberi persembahan terbaik.

Menurut Hattan, gadis berusia 19 tahun ini perlu mengeluarkan lagi kelebihannya. Hattan menjangka Aqeesh bakal menjadi penyanyi yang berjaya pada masa akan datang.


Aqeesh Aleeya

Sekarang penonton tertunggu siapa pula peserta yang akan tersingkir. 

Hanya empat peserta terpilih ke peringkat separuh akhir dan cuma tiga peserta melangkah ke peringkat akhir bagi merebut hadiah utama RM100 ribu, kedua, RM50 ribu dan ketiga RM30 ribu. - KitaReporters


18
11
0
10
0
You will be interested