BARU-BARU ini sebuah video menunjukkan kejadian seekor anak kucing dilihat lari berkeliaran di sebuah lebuh raya sehingga menjadi sesak serta huru-hara menarik perhatian ramai.
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang bernama @innchoker, kelihatan sekumpulan lelaki bersama pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berusaha menjejaki kucing berwarna oren (jingga) yang lari berkeliaran di atas lebuh raya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing atau si bulus
“Ada haiwan dalam bahaya,” katanya menerusi ruangan kapsyen dalam laman aplikasi TikTok.
Gelagat kucing yang sinonim dengan gelaran ‘oyen’ itu kerana kenakalannya mengundang reaksi pengguna media sosial yang amat terhibur serta memuji usaha sekumpulan lelaki menyelamatkan kucing comel itu.
“Alamak Oyen kamu buat hal la di jalan raya,” ujar @charismanoralynn.
“Ingatkan jalan sesak sebab kereta rosak rupanya kerana Oyen,” tulis @singleitusaya.
“Alhamdulillah masih ada lagi pemilik yang penyayang seperti ini. Sanggup berhenti nak selamatkan kucing, semoga dimurahkan rezeki,” kongsi @MIEKBG-Jelai. - KitaReporters