Seni & Sukan 19 Feb, 2024

Video| Anak Pemilu 2024! Bayi diberi nama M Prabowo Gibran! Dilahirkan pada hari pengundian Pilpres!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Kelahiran bayi pada hari bersejarah perlu diabadikan dengan sebaik mungkin seperti meletakkan nama yang menjadi kenangan.

Begitulah yang terjadi pada seorang bayi yang lahir di Kabupaten Ogan Komering Ilir (OKI), Sumatera Selatan (Sumsel).

Dia lahir pada Rabu 14 Februari 2024 iaitu pada hari pengundian Pemilihan (Pilihan Raya) Umum Indonesia 2024 (Pemilu 2024) dengan berat 4.2 kilogram. 

Disebabkan kedua-dua orang tuanya, Atturmizi dan Maharani adalah penyokong calon Presiden dan Naib Presiden yang bertanding iaitu Prabowo Subianto serta Gibran Rakabuming Raka, lalu merka bersetuju memberi nama anak kedua mereka sebagai Muhammad Prabowo Gibran.  


Maharani (kiri) memangku M. Prabowo Gibran di rumahnya. - Kredit foto: Tribunnews



Ikut jadual, Maharani akan bersalin pada awal Mac, jadi pada jam 8 pagi 14 Februari 2024, Attumurzi dan Maharani bersiap untuk pergi ke sebuah pusat pengundian.

Tiba-tiba di pertengahan jalan, Maharani mengalami kontraksi. 
Dalam keadaan panik, Atturmuzi menghubungi bidan tetapi tidak diangkat. Justeru dia bergegas membawa isterinya ke sebuah klinik kesihatan desa. Kebetulan ada bidan yang bertugas.

Bidan bernama Desi Puspitasari dan Andes menyambut kelahiran bayi itu di Desa Celikah, Kecamatan Kayuagung pada jam 8.40 pagi waktu tempatan.


Setelah si bayi selamat lahir, pasangan suami isteri ini sepakat menamakan si bayi sebagai Muhammad Prabowo Gibran, dengan harapan anak kedua mereka akan menjadi orang berguna kepada bangsa dan negara. Dia dipanggil Gemoy.

Desi Puspitasari memuat video berkunjung ke rumah Atturmuzi dan Maharani dalam Facebooknya dan tular. Dan ia turut menjadi bahan berita dalam media cetak dan elektronik di Indonesia.

Apa yang menarik, walaupun si ibu baharu beberapa jam bersalin, namun Atturmizi tetap membawa isterinya Maharani ke pusat pengundian. Kedua-duanya puas dapat mengundi  ketika pusat pengundian hampir ditutup. - KitaReporters

Wajah M. Prabowo Gibran dirakam dalam Facebook Dewi Puspitasari.

12
15
0
9
0
You will be interested