Seni & Sukan 11 Dec, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Juara bertahan Perancis berjaya mara ke separuh akhir! England terus kecewa!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


JUARA bertahan, Perancis meneruskan persaingan untuk mempertahan kejuaraan selepas membenam England 2-1 dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2022 pada 11 Disember 2022. 

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Bayt, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan negara Perancis



Pujian harus diberikan kepada penjaga gol masing-masing apabila mereka bertindak cemerlang dalam perlawanan ini. 

Gol pertama hadir pada minit ke-17 menerusi Aurelien Tchouameni apabila rembatan luar kotak gagal diselamatkan oleh penjaga gol England, Jordan Pickford.

Ketinggalan satu gol, England kembali menyusun rentak serangan dan deretan peluang yang hadir masih gagal disempurnakan dengan baik. 

Harry Kane berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-54 selepas beliau tidak mempersia-sia peluang sepak penalti 



Selepas itu, aksi semakin menarik apabila pelbagai percubaan dilakukan oleh kedua pasukan. 

Penyerang tinggi lampai, Olivier Giroud menggunakan kelebihan ketinggian beliau untuk meletakkan Perancis kembali di hadapan pada minit ke-78. 

Beberapa minit kemudian, England berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi satu lagi sepakan penalti namun Kane tidak menggunakan peluang tersebut dengan baik apabila sepakan beliau melambung tinggi di sebelah kanan pintu gol The Blues. 

Kemenangan ini membolehkan Perancis mara ke pusingan seterusnya dan semakin hampir untuk memburu kejuaraan kali kedua berturut-turut

Menanti Perancis pada separuh akhir nanti adalah Morocco (Maghribi) sebuah pasukan bukan pilihan tetapi berjaya mencipta pelbagai kejutan. - KitaReporters


12
8
0
6
0
You will be interested