Seni & Sukan 06 Nov, 2022

Piala Malaysia 2022: JDT FC menang selesa 3-0! Tugas getir menanti Kelantan FC di Larkin nanti!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mempamerkan karakter calon juara apabila menewaskan Kelantan FC 3-0 dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu, 5 November 2022.

JDT selaku pasukan pelawat dilihat tidak kekok untuk menguasai permainan dan tuan rumah pula terpaksa bermain sedikit bertahan untuk menyekat asakan pasukan pelawat. 

JDT mempunyai banyak peluang namun pemain mereka gagal memanfaatkan tersebut. Kelantan cuba memberi saingan namun Harimau Selantan dilihat lebih bertenaga untuk bertahan apabila menerima serangan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Malaysia


Skuad kendalian Hector Bidoglio akhir memperoleh jaringan pertama pada minit ke-29 menerusi penjaring terbanyak mereka, Bergson da Silva untuk meletakkan pelawat di hadapan 1-0.

Belum sempat Kelantan cuba menyusun semula rentak, Syafiq Ahmad terus menghukum kelalaian pemain tuan rumah untuk selesa mendahului 2-0 pada minit ke-37. 

JDT terus menguasai permainan dan berjaya mencipta banyak peluang namun ia masih mengalami kesukaran untuk meledak jaringan. 

Leandro Velazquez terus megukuhkan kedudukan dengan jaringan ketiga untuk selesa mendahului tuan rumah. Namun tidak lama selepas itu, Afiq Fazail menerima kad merah selepas menerima kad kuning kedua menyebabkan JDT terpaksa bermain 10 orang pemain. 

Kelantan cuba meningkatkan serangan ke atas JDT namun serangan mereka tidak begitu mengancam dan ini membuatkan pemain JDT mudah mematahkan serangan mereka. 

 Anak buah Hector berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan dan tugas getir menanti Kelantan di Larkin nanti.  Mereka akan bertemu untuk perlawanan kedua pada 11 November 2022 nanti untuk memburu slot ke separuh akhir. - KitaReporters


10
9
0
14
0
You will be interested