Seni & Sukan 28 Dec, 2022

Video| Belanja kahwin guna duit sendiri! Dapat tajaan RM15j hanya untuk aksesori sahaja! - Reen Rahim

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Pelakon Reen Rahim sebelum ini pernah memaklumkan, dia menerima tajaan berjumlah RM15 juta hingga menimbulkan kekeliruan ramai yang beranggapan majlis perkahwinannya terlalu mewah dengan kos sedemikian. 

Ramai yang beranggapan Reen Rahim menerima tajaan berbentuk wang tunai untuk majlis perkahwinannya.


Untuk menepis anggapan itu Reen membuat kenyataan bahawa tajaan bernilai RM15 juta itu hanya membabitkan barangan aksesori yang ditaja oleh Cares Gold. Bagi perbelanjaan lain dikeluarkan oleh dirinya sendiri dan suami.

Menurut Reen, jika dia menerima tajaan berbentuk tunai, lebih baik dia gunakan untuk tujuan amal.

"Ramai yang ingat saya dapat RM15 juta untuk buat majlis, tetapi sebenarnya nilai itu adalah aksesori yang saya pakai. Ia termasuk untuk malam berinai, pernikahan dan resepsi. 

"Bukanlah dapat tajaan untuk perbelanjaan majlis. Kalau saya dapat duit begitu, lebih baik sedekah kepada orang yang memerlukan. 

"Urusan majlis perkahwinan ini saya gunakan khidmat ‘wedding planner’ (perancang perkahwinan) dan guna duit sendiri," ujar Reen. 



Pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, yang sah bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dengan sekali lafaz pada Sabtu, 24 Disember 2012 berkata, perbelanjaan untuk tiga majlis yang diadakan iaitu berinai, akad dan resepsi diuruskan oleh perancang perkahwinan dengan menggunakan duit sendiri.

Reen turut memberitahu, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan hubungan cinta  dengan Ahmad Nur Hazim  kerana dilihat tidak pernah berkongsi gambar bersama dalam sosial media.
Ini kerana dia mahu menghormati dan menjaga hati keluarga suami supaya tidak mendengar gosip atau cerita yang tidak betul tentang hubungan tersebut.



Sementara itu, Ahmad Nur Hazim tidak meletakkan sebarang syarat, mahupun menghalang isterinya itu terlibat dalam dunia lakonan kerana itu rezekinya dan percaya Reen bijak menjaga batas.

Menyentuh bulan madu, pasangan ini memaklumkan belum ada perancangan dalam masa terdekat kerana terlibat dengan urusan kerja manakala Reen perlu menjalani beberapa pengambaran selepas berkahwin.
Pasangan ini bertemu buat kali pertama di lokasi penggambaran filem ‘Daddyku Gangster’ yang membuatkan mereka semakin akrab hingga ambil keputusan bertunang pada Ogos 2022 tanpa dihebah kepada umum. 

Sebelum ini Reen berdoa untuk diberi pertunjuk mendapat pasangan yang sesuai ketika menunaikan umrah bersama ibu bapa di Mekah.

Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas. - KitaReporters


9
11
0
11
0
You will be interested