Seni & Sukan 02 Sep, 2025

Video| Bukan dera, bukan buli! Tapi bina kekuatan fizikal, mental! Ayah, 2 anak berjalan kaki 800km!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Satu pasangan suami isteri Wu dan Yang mempunyai nama keluarga Wu melakukan perkara ekstrem bagi membolehkan dua anaknya, seorang lelaki berusia 8 tahun dan seorang perempuan berusia 10 tahun mempunyai ketahanan mental dan kekuatan fizikal. 



Pasangan ini mengusahakan sebuah sekolah memandu di daerah Baoan, Shenzhen di selatan China. Selama ini mereka lebih tertumpu menguruskan perniagaan sehingga mengabaikan anak-anak.

Bagi menjalankan misi ekstrem ini, si isteri, Yang tinggal menguruskan sekolah memandu mereka, sementara si suami, Wu mengiringi kedua-dua anak melakukan pengembaraan berjalan kaki. 

Mereka memulakan perjalanan berjalan kaki selama sebulan dari daerah Baoan, Shenzhen pada 17 Julai 2025. Mereka menamatkan pengembaraan itu pada 17 Ogos 2025 di Changsha, wilayah Hunan di bahagian tengah China.

Ketiga-tiganya tiba di stesen kereta api Changsha kira-kira jam 1.30 pagi pada 17 Ogos 2025, di mana isteri Wu, Yang menunggu mereka yang menamatkan pengembaraan berjalan kaki sejauh 800 kilometer.

Dua beradik menyambut cabaran berjalan kaki 23km setiap hari selama 30 hari
Dalam perjalanan itu, Wu membawa beg galas seberat 10 kilogram (kg) manakala setiap anaknya membawa beg galas seberat lima kg dengan berjalan sekurang-kurangnya 23 km setiap hari.

"Apabila saya perasan mereka letih, saya akan memberitahu mereka bahawa mereka lebih kuat daripada ayah," katanya sambil menambah rasa pencapaian mereka meningkat seiring jarak perjalanan. 

"Pada mulanya, saya tidak bersetuju dengan rancangan ini kerana cuaca panas dan isu keselamatan. Saya bimbang tentang mereka setiap hari," kata Yang.

Namun, dia mengakui kembara itu mengubah anak-anaknya. 

"Anak perempuan saya tidak lagi cerewet seperti dahulu, manakala anak lelaki saya lebih berdikari," katanya. 

Kaki kedua-gua anak tetap kuat, sementara Wang pula yang mengalami masalah melecet. 



Kisah itu turut mendapat pujian warganet dengan seorang daripadanya berkata: "Bapa yang hebat! Kejayaan dalam pendidikan adalah lebih baik daripada kejayaan dalam mencari wang.

Semoga langkah yang dilaku oleh pasangan suami isteri di China ini, walaupun nampak ekstrem, namun boleh menjadi inspirasi kepada ibu bapa di Malaysia melakukan perkara yang sama bagi meningkatkan jati diri anak-anak dan mengekalkan semangat patriotik mereka. - KitaReporters

9
11
0
8
0
You will be interested