Seni & Sukan 16 Apr, 2023

Bicara Seni| Puteri Sarah membilang hari! Selepas berbincang untuk berpisah! Ketepikan permusuhan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menghitung hari dengan sabar untuk dilepas secara rasmi sebagai isteri. Suaminya, Syamsul Yusof berjanji untuk melafazkan talak pada Selasa, 18 April 2023.

Sedangkan selama ini Syamsul berkeras tidak akan melepaskan Puteri Sarah dan meminta dia sedia hidup bermadu. 

Namun akhirnya Syamsul berlembut dan bersedia untuk  melepaskan Puteri Sarah. Malah Syamsul turut menarik balik kes nusyuz yang difailkan terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu.


/


Langkah yang diambil Syamsul dan Puteri Sarah mengadakan pertemuan pada 9 April 2023 semasa bulan Ramadan adalah langkah terpuji. Ia bagi memudahkan urusan perceraian dan tidak terus bermusuhan. 

Walaupun masing-masing sebelum ini saling bermusuhan sejak setahun lalu dan banyak meluahkan isi hati masing-masing dalam laman sosial. Tetapi pertemuan pada Ahad 9 April 2023 membuktikan masih ada perasaan ‘sayang’ di antara mereka.

‘Sayang’ bukan bermakna ingin kembali bersatu, tetapi sebaliknya mengetepikan perasaan benci dan dendam selama ini bagi memudahkan kedua-dua pihak bebas meneruskan kehidupan masing-masing.

Terlihat kedua-duanya ingin berpisah secara baik. Tiada permusuhan dan boleh hidup sebagai kawan selepas ikatan terlerai.

Walaupun tahu mereka bakal berpisah, kedua-duanya tanpa canggung sedia berbuka puasa bersama sebelum perbincangan yang dilaku secara baik dan harmoni.



Puteri Sarah kini menghitung hari. Lafaz cerai pada Selasa, 18 April 2023 dapat dijangka akan berlangsung dalam suasana muram setelah perkahwinan bersama Syamsul berpanjangan selama lebih 9 tahun.

Mungkin kedua-dua pihak akan mengalirkan air mata, begitu juga orang-orang terdekat mereka. Apa yang pasti ia akan menjadi bahan berita besar bagi media cetak dan elektronik.


Perkahwinan selama lebih 9 tahun sejak 8 Mac 2014 bakal terlerai pada 18 April 2023.

Setelah hidup bebas, Puteri Sarah akan menjalani kehidupan sendiri. Tidak salah jika dalam masa terdekat, Puteri Sarah akan punya pengganti.

Sementara Syamsul pula mungkin masih mempunyai masalah untuk mendekatkan isterinya Ira Kazar dengan ibu bapanya. Ini kerana kedua-duanya tetap menganggap Puteri Sarah sebagai menantu dan menyifatkan keputusan menceraikan Puteri Sarah adalah satu kesilapan.

Syamsul juga perlu pandai untuk merapatkan anak-anaknya dengan Ira. Kedua-dua anak dijangka terus berada di bawah penjagaan Puteri Sarah walaupun dia akan berkahwin baharu.  


Syamsul masih sayang anak-anaknya. Terbukti dia memuatkan sejumlah gambar bersama anak-anaknya dalam IG-nya.

Dan setelah diputuskan hak penjagaan, Syamsul hanya mempunyai masa terhad untuk bersama anak-anaknya Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, selepas ini. 

Perasaan sayangnya kepada kedua-dua anaknya terbukti apabila dia meletakkan sejumlah gambarnya bersama anak-anak dalam Instagramnya.

Mampukah Syamsul meredakan kemarahan Datuk Yusof Haslam dan isteri dan membawa isteri Ira Kazar pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Ia akan menjadi bahan berita sensasi jika ia benar-benqar terjadi.

Syamsul dipercayai cuba berbaik dengan Puteri Sarah dengan menunaikan permintaannya setelah bercerai. Ia secara tidak langsung  untuk memujuk Puteri Sarah agak tidak melanjutkan tuntutan saman terhadap Ira Kazar. - KitaReporters

18
13
0
11
0
You will be interested