Mengapa pening sangat nak pilih nama anak kerana ada kaedah yang lebih baik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi legenda Jamal Abdillah
Jamal dan Zai Izzati bersama tiga anak mereka
Nama itu diambil dari filem ‘Azura’ terbitan Sabah Film pada tahun 1982. Ia merupakan filem pertama Jamal berlakon sebagai hero berpasangan dengan Fauziah Ahmad Daud. Dan filem ‘Azura’ menjadi fenomena.
Memang sesuai Jamal memberi nama Nur Azura Yamani untuk anak perempuan pertamanya.
Daripada tiga lagu memakai nama wanita, Siti Nurbayan dilihat nama yang sesuai dipilih untuk nama anak perempuan Jamal.
Ini kerana ia merupakan nama berunsur Melayu klasik. Walaupun masih ramai yang menggunakan nama Siti dan Nur, namun tidak ramai mengguna nama Nurbayan.
Jika mengikut bahasa Melayu lama dan Arab Nurbayan bermaksud ‘Cahaya Kecerahan’. Di Indonesia nama Nurbayan turut diberi kepada anak lelaki. Dan yang menarik, nama Nurbayan agak unik di negara kita, jadi ia sesuai dijadikan nama anak kesayangan.
Lagu Siti Nurbayan berentak zapin ini dicipta melodi dan liriknya oleh Syed Indera Syed Omar, lebih dikenali sebagai Siso iaitu anggota kumpulan Kopratasa.
Lagu ini mula dipasar Warner Music (WEA) pada 4 Oktober 1998.
Jamal mempunyai masa sebulan lebih untuk memantapkan nama bagi anak perempuannya itu untuk mengesahkan nama yang dipilih.
Dalam usia sudah 64 tahun dan masih mampu zahir dan batin, namun penyanyi popular ini yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, nekad menjadikan anak ketujuhnya sebagai anak terakhirnya.
Jamal juga berharap perkahwinan keempatnya bersama Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, sebagai perkahwinan terakhirnya.
Dengan Noraina Mohd Yusof (2001) punyai seorang anak, Osama Yamani, 21. Namun perkahwinan itu tidak lama. Bersama Fatimatuzahra Abdul Samad (2005-2007) mempunyai anak, Zaki Yamani, 17.
Perkahwinan terakhir dengan Datin Zai Izzati Khiruddin membuahkan tiga cahaya mata Nur Azura Yamani, 3, El Issac Yamani (Zack), 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang lahir pada 22 Februari 2023.