Seni & Sukan 23 Feb, 2023

Video| Demi minat racing, Reen Rahim pilih lumba kereta! Tangguh timang zuriat! Usia kian bertambah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PELAKON Reen Rahim berkahwin agak lewat iaitu 34 tahun dan dalam usia itu perlu memikir untuk segera memiliki zuriat kerana semakin tinggi usia bertambah sukar untuk memiliki cahaya mata. 

Namun hasrat untuk mengandung terpaksa ditangguh beberapa ketikabagi  mencapai impiannya untuk menyertai pelumbaan kereta.
Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mengakui, telah lama menyimpan hasrat untuk memasuki perlumbaan kereta selepas melihat rakan-rakannya menyertai acara Toyota Gazoo Racing (TGR).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Reen Rahim



Dia mendapat berita gembira bahawa dia diterima menyertai pertandingan itu tiga hari sebelum berkahwin.

Mengetahui perlu menyertai pertandingan itu sehingga bulan Oktober 2023 menyebabkan dia perlu bebas daripada hamil dalam masa itu. 

Baginya peluang untuk menyertai perlumbaan itu hanya datang sekali dan tidak harus dilepaskan.



Justeru, Reen berbincang dengan suami dan ibu bapanya dan mereka memberi jawapan positif kerana tahu dia memang meminati aktiviti lasak.

“Dari dulu memang saya suka tengok kawan-kawan yang terpilih menyertai Toyota Gazoo.

“Nampak gempak sebab bukan senang untuk dapat berlumba di sini. Lumba betul-betul bukan main-main sampai terdetik dalam hati seronok kalau dapat sertai,” katanya.

“Saya berdoa dalam hati kerana runsing sama ada tawaran ini adalah ujian atau rezeki dan ikutkan sahaja aturan Allah.

“Selang dua atau tiga hari, pihak mereka menghubungi saya untuk mengesahkan sama ada saya benar-benar mahu tolak tawaran.

“Saya minta masa selama dua ke tiga hari untuk berfikir dan berbincang dengan suami,” katanya.


Selain suami, Reen turut meminta pandangan daripada ibunya berhubung penyertaan dalam acara terbabit.

“Suami pun runsing untuk membuat keputusan walaupun sering menyokong apa yang saya lakukan. Saya juga minta pandangan umi (ibu).

“Dia suka saya buat benda lasak, lebih-lebih lagi saya jenis pemalas dan memandu secara sangat perlahan sebab takut. Dia mahu saya melawan ketakutan tersebut,” jelasnya.

Setelah membuat pertimbangan, pelakon jelita ini  nekad meneruskan minat dan menyahut tawaran sekali seumur hidupnya itu.“Saya yakin ini rezeki yang Allah susun dan alhamdulillah tidak sangka dapat tawaran sebegini,” ujarnya yang kini secara rasmi bergelar TGR Family secara rasmi untuk musim keenam Toyota Gazoo Racing.

Reen selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin pada 24 Disember 2022. - KitaReporters

12
9
0
17
0
You will be interested