NAMA cukup gah, iaitu Geng Kuala Langat pada tahun 60-an dahulu, namun ahli-ahli geng itu menitis air mata juga tidak dapat menahan kerinduan apabila bertemu semula selepas membawa haluan masing-masing sejak tahun 1972.
Antara mereka yang kini berumur antara 64 tahun dan 67 tahun, sudah mempunyai cucu dan cicit bertemu semula pada Majlis Reunion Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Haron (SMKDH), Tanjung Karang, Selangor yang berlangsung di Dewan Serbaguna Indah Morib Homestay, Kampung Endah, Banting, Selangor pada 6 Ogos 2022 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perjumpaan semula atau reunion
Antara bekas pelajar SMKDH yang hadir tekun mendengar ucapan pada majlis yang disampaikan oleh wakil pelajar, Dorahman Ratif dan Ahmad Said yang merasmikan majlis berkenaan.
Pengerusi majlis itu, Ahmad Jantan, berkata majlis itu
kebetulan serta menepati dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang dicanangkan oleh kerajaan untuk mengeratkan kembali ukhuwah antara bekas pelajar SMKDH yang
sudah lama berpisah tanpa sebarang berita.
Menurutnya, menggunakan kemudahan media sosial penganjuran majlis berkenaan diuar-uarkan beberapa bulan dan mendapat sambutan amat baik apabila ramai yang menelefon bertanyakannya selain memberi persetujuan untuk menghadiri.
Jelasnya, dalam perbualan menerusi telefon itu dia terpaksa bertanya khabar terlebih dahulu termasuk menyoalkan mengenai latar belakang supaya dapat mengingati semula rakan itu kerana secara tidak langsung mengembalikan semula nostalgia ketika SMKDH.
Ahmad Jantan (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Said.
“Walaupun yang dapat menghadirkan diri hanya 35 orang sahaja
namun majlis ini cukup bermakna bagi kami yang masing-masing sudah berusia
lanjut selain sudah lama bersara daripada pelbagai jawatan seperti guru,
pegawai polis, tentera dan ahli perniagaan.
“Suasana cukup mengharukan perasaan dan gembira sambil
berpelukan kerana kami akhirnya dapat berkumpul semula selepas lebih 50 tahun
tidak bersua untuk bertanya khabar walaupun ada yang terpaksa berkerusi roda
serta bertongkat datang ke majlis ini.
“Ada juga antara kami terpaksa mengambil masa beberapa saat untuk mengecamkan kembali wajah kawan yang disapa dalam majlis ini dan menambahkan gelak tawa serta kemesraan apabila terpaksa bersandarkan seperti kepada peristiwa dan perangai yang dilalui masa di SMKDH dahulu untuk mengingati semula,” katanya.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Haron (SMKDH) yang bertemu semula selep[as 50 tahun berpisah pada Majlis Reunion di Dewan Serbaguna Indah Morib Homestay, Kampung Endah, Banting, Selangor pada 6 Ogos 2022.
Sementara itu, seorang bekas pelajar SMKDH, Shamsiah Ilham
melahirkan rasa terharu dapat menghadiri majlis itu untuk berjumpa dengan rakan
walaupun kurang sihat namun terpaksa mengagahi diri untuk datang bagi bertanya
khabar kawan yang sudah lama berpisah.
Bagi Jawahir Misbah pula, dia menzahirkan ribuan terima kepada mereka yang bersusah payah berusaha mengadakan majlis itu yang ternyata memberi banyak manfaat bukan setakat merapatkan ukhuwah persahabatan malah berkongsi cerita mengenai rakan-rakan yang berjaya dan sebaliknya.
Ahmad (dua dari kiri) bersama rakan wanita yang bersemangat untuk hadir bertemu kawan lama walaupun terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
“Saya mengsyorkan kepada rakan yang hadir untuk meneruskan
majlis seperti ini yang diadakan secara santai kerana bersesuaian dengan usia
masing-masing pada masa akan datang supaya hubungan persaudaraan sebagai
sahabat tidak terputus sebaliknya kekal berpanjangan dalam satu Keluarga Malaysia,”
kata seorang lagi bekas pelajar SMKDH, Jalil Rani. - KitaReporters
Dorahman Ratib sayu ketika menyampaikan ucapan mewakili bekas pelajar SMKDH.
Seorang bekas pelajar SMKDH menerima cenderamata daripada Ahmad.