Seni & Sukan 05 Mar, 2024

Video| Perkahwinan bombastik, mas kahwin fantastik! Mahar RM1.65j termasuk geran rumah, kereta mewah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Satu perkahwinan bombastik berlangsung di Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini dengan mas kahwin fantastik berjumlah Rp5.5 milyar (kira-kira RM1.65 juta) menarik perhatian ramai.

Pengantin lelaki, Radja Panutan, 25, memberikan mahar atau mas kahwin sejumlah itu kepada mempelai perempuan, Adinda Galuh Nurutami, 24. 


Mahar tidak diberi dalam bentuk tunai, sebaliknya antara lain berbentuk geran rumah bernilai Rp1.5 milyar (kira-kira RM450 ribu), dua buah kereta mewah jenama , Honda HR-V dan Toyota Camry serta dua kereta lain. Keempat-empat kereta itu dipamer di  luar dewan resepsi.

Pemberian dua kereta mewah itu dibuat secara simbolik dengan membuat serahan mock-up kunci kereta. 

Antara barangan lain yang turut diberikan ialah iPhone 15 Pro Max keluaran terbaru, MacBook iaitu komputer buku nota keluaran Apple dan kasut sukan jenama Skechers serta sejumlah barangan lain berjenama untuk keperluan diri selain satu set barangan untuk solat. 



Perkahwinan ini mengikut adat Sunda. Majlis Akad nikah berlangsung di Masjid Jami al-Muttaqin Setukpa Polri, Kota Sukabumi.

Sedangkan resepsi pertama diadakan di Auditorium Gedung Anton Soedjarwo Setukpa Polri, Kota Sukabumi dan resepsi kedua di Gedung Putih, Cipanengah, Kota Sukabumi pada Sabtu, 17 Februari 2024.

Majlis berkenaan turut menerima karangan bunga ucapan daripada sejumlah tokoh terkenal Indonesia termasuk Presiden  Indonesia Joko Widodo dan Timbalan Presiden Ma’ruf Amin. Turut memberi karangan bunga ialah Menteri Pertahanan dan bakal Presiden, Prabowo Subianto.



Ramai yang ingin tahu siapakah pengantin lelaki iaitu Radja Panutan. 

Radja adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarah Multi Agroindustri Company dan lulusan Institut Pertanian Bogor. Sementara bapanya, Usman Effendi adalah pegawai kanan Naib Presiden, Ma’ruf Amin dalam bidang Ekonomi.



Sementara si isteri, Adinda Galuh adalah pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan. Dia adalah Ratu Sukabumi (2019) dan Ratu Jawa Barat (2021). 

Dia adalah lulusan Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) Bandung, Program Pengajian Bahasa dan Sastera Inggeris.

Perkahwinan bombastik ini tular setelah ia dimuat naik dalam TikTok @sukabumicitycom dan telah ditonton lebih 5.3 juta kali. Kemudian ia menjadi bahan tontonan dalam sejumlah media elektronik di Indonesia. - KitaReporters

15
11
0
10
0
You will be interested