Seni & Sukan 28 Sep, 2025

Gila Hindustan| Pengakhiran yang tragik! Parveen Babi sakit mental! Cinta dengan Kabir Bedi putus!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

HUBUNGAN cinta aktor Kabir Bedi, 79, dengan Parveen Babi antara yang paling hangat diperkatakan dalam kalangan penggiat industri Bollywood dan peminat.


Pasangan kekasih Kabir Bedi dan Parveen Babi bagai tidak boleh dipisahkan tetapi akhirya ikatan cinta mereka terlerai juga.


Kerana kedua-duanya adalah bintang popular di Bollywood, kisah cinta mereka sentiasa jadi perhatian. Hubungan intim kedua-duanya menyimpulkan andaian mereka akan berkahwin akhirnya. Namun takdir tidak menentukan demikian.

Kabir Bedi, lahir pada 1946 di Lahore, Punjab, bukan sahaja popular di Bollywood, tetapi turut mencipta nama pada peringkat antarabangsa. 

Antaranya muncul memegang watak jahat Gobinda dalam filem James Bond ‘Octopussy’ (1983) yang dibintangi Roger Moore dan Maud Adams.

Dia juga membintangi siri TV Itali ‘Sandokan’, The Beast’ (1988), ‘The Thief of Baghdad’ (1978), ‘Ashanti’ (1979), ‘Satan’s Mistress’ (1982), ‘Terminal Entry’ (1987), ‘Beyond Justice’ (1992), ‘Corsaro Nero’ (1976), dan ‘Hostage Flight' (1985).

Di Bollywood pula, antara filem popular lakonannya ialah ‘Nagin’ (1976), ‘Khoon Bari Maang’ (1988), ‘The Hero: Love Story of The Spy’ (2003), ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’ (2005), ‘Dil Aashna Hai’ (1992) dan ‘Blue’ (2009).


Kabir Bedi bukan sahaja popular di Bollywood, tetapi turut mencipta nama pada peringkat antarabangsa.


Parveen Babi pula yang berasal dari Junagadh, India, antara pelakon menerima bayaran tertinggi di Bollywood pada tahun 70-an dan 80-an. Dia membintangi lebih 70 filem di sepanjang kariernya. Parveen yang beragama Islam, meninggal dunia di Juhu, Mumbai pada Januari 2005 dalam usia 50 tahun.

Antara filem lakonan Parveen ‘Trimurti’ (1973), ‘Majboor’ (1974), ‘Deewar’ (1975), ‘Kaala Sona’ (1975), ‘Chandi Sona’ (19777), ‘Amar Akbar Anthony’ (1977), ‘Kala Patthar’ (1979), ‘Suhaag’ (1979), ‘Do Aur Do Paanch’ (1980), ‘The Burning Train’ (1980), ‘Shaan’ (1980), ‘Namak Halaal’ (1982), ‘Jaani Dost’ (1983) dan banyak lagi.


Wajah jelita Parveen Babi, antara pelakon Bollywood menerima bayaran tertinggi pada tahun 70-an dan 80-an. 


Populariti Kabir dan Parveen sebagai bintang menjadikan kisah cinta mereka perhatian ramai. Bukan kisah cinta di layar perak tetapi realiti!

Lebih menjadi perhatian kerana ketika mereka menjalin cinta, rumah tangga Kabir sedang bergolak. Walau pun masih suami isteri, Kabir dan isteri, Protima Bedi, membawa haluan masing-masing dan cuba mencari ketenangan dalam dakapan kasih orang lain.

Protima menjalin hubungan dengan seorang lelaki Peranchis, Kabir pula menjalin hubungan dengan Parveen. 

Namun cinta bermasalah apabila Parveen dikesan menghadapi masalah mental. Kabir mendesak Parveen segera mendapatkan rawatan tetapi Parveen enggan.

Gangguan mental Parveen bertambah serius. Berita ini sudah tersebar dalam kalangan penggiat industri Bollywood dan peminat. 

Keadaan ini sangat mencabar emosi Kabir, tambahan ketika itu dia sedang mencipta nama pada peringkat antarabangsa.


Kabir Bedi bersama Roger Moore dalam satu adegan filem James Bond, 'Octopussy'.


Aksi Kabir Bedi dalam siri TV Itali, 'Sandokan'.


Desakan Kabir untuk Parveen menjalani rawatan tetap tidak diendahkan. 

Ketika kesihatan Parveen makin teruk, dan Kabir pula semakin terkenal pada peringkat antarabangsa, serta keengganan Parveen menjalani rawatan, menyebabkan hubungan mereka hambar dan akhirnya putus.

Parveen meneruskan hidup dengan mengasingkan di kediamannya. Dia tidak lagi bersosial, tidak bergaul dengan orang ramai dan hanya terperuk di rumah bersendirian sehingga akhir hayat. 

Dalam satu temu bual beberapa tahun selepas kematian Parveen, Kabir bercerita mengenai pertemuaan terakhir mereka setahun sebelum kematian Parveen.

Pertemuan itu berlangsung di sebuah hotel. Ketika itu Parveen duduk berseorangan di tepi kolam mandi. 

Kabir bertanya khabar, dan Parveen memberitahu dia sihat, tetapi ada pihak yang mengatakan dia (Parveen) tidak siuman.

Kabir cuba menteramkan Parveen dan memintanya tidak ambil pusing dengan apa orang lain kata. Tetapi Kabir terkejut apabila Parveen menduhnya bahawa dia (Kabir) sendiri beranggapan dia gila. Kabir kecewa dituduh sedemikian. Parveen kemudian meminta Kabir beredar.


Parveen Babi bersama Amitab Bachchan dalam satu adegan filem 'Amar Akbar Anthony'.


Walau pun Kabir sangat terganggu dengan sikap Parveen, dia gembira kerana Parveen tidak menghadapi masalah kewangan dan mula bekerja sebagai juruhias dalaman. Namun htubungan cinta mereka telah menemui nokhtah.

Kisah Parveen adalah tragedi. Di sebalik diri seorang bintang pujaan ramai, dia bergelut dengan masalah mental yang teruk. 

Dikesan menghidap ‘paranoid schizophrenia’, Parveen menyisihkan diri dengan menjalani hidup keseorangan, jauh daripada masyarakat, jauh daripada filem.

Kematiannya dalam kesunyian dan berseorangan. Dia dijumpai mati di rumahnya pada 22 Januari 2005 selepas penduduk memaklumkan kepada polis sudah tiga hari Parveen tidak mengambil barang pesanan dan surat khabar di pintu rumahnya.


Di penghujung hayatnya, penampilan Parveen Babi berubah. Daripada seorang pelakon jelita yang lansing, badannya bertukar tembam dan berisi, kesihatannya merosot teruk.


Polis syak dia telah mati 48 jam sebelum dijumpai. Mayatnya terbaring di atas katil, mula membusuk dan berbau. 

Keadaan bilik berselerak dengan lukisan, pakaian, ubat, surat khabar lama dan kerusi roda. Dipercayai pada hari-hari terakhirnya Parveen menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana lemah dan kelemayuh (gangrene) di kaki kiri akibat kencing manis.

Laporan perubatan mencatatkan sebab kematian kerana kegagalan organ dalaman dan kencing manis. 

Jenazah Parveen disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Juhu, Santacruz, Mumbai. Kabir Bedi hadir pada hari pengkebumian, juga rakan artis seperti Mahesh Bhatt dan Danny Denzongpa. -KitaReporters

 

 

10
14
0
6
0
You will be interested