Seni & Sukan 09 Aug, 2025

Video| Otai Kembali Berbisa! Kilauan Emas kembali! Musim 7! Umur peserta turun kepada 43! 12 orang!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


‘Kilauan Emas’ adalah pertandingan realiti nyanyian dianjur oleh Astro sejak 2011 bagi memberi kesempatan golongan berusia 45 tahun ke atas memperlihat kebolehan menyanyi. 

Selepas enam episod diterbitkan iaitu sehingga 2015, ‘Kilauan Emas’  dengan slogan ‘Otai Masih Berbisa’ direhatkan. 

‘Kilauan Emas’ musim 5 mempertanding pemenang keempat-empat musim dengan Wak Mustar menjadi juaranya. Dan pada 2024, ‘Kilauan Emas’ kembali diterbit dengan slogan baharu ‘Otai Kembali Berbisa’.

‘Kilauan Emas’ musim 6 menobatkan Roziah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai GIie, 48, sebagai juara.


Dan bagi ‘Kilauan Emas’ musim 7 (2025), Astro memberi format baharu bagi menjadikan pertandingan realiti nyanyi ini lebih bertenaga.

Untuk itu Astro menurunkan had umur daripada 45 tahun kepada 43 tahun. Lebih 500 peserta mencuba iji bakat di tiga tempat iaitu di Miri, Sarawak pada 9 Mei, Johor Baharu, 31 Mei dan Shah Alam, 21 dan 22 Jun 2025.

Daripada jumlah itu, seramai 12 peserta mewakili kebanyakan negeri terpilih untuk bersaing bagi merebut hadiah utama wang tunai bernilai RM30,000.

Mereka terdiri daripada: 

  1. Zanie (Noor Azani Mat Zin), 44, Alai, Melaka, 
  2. Shah (Muhamad Shah Abdul Rashid), 53, Lambor Kanan, Perak, 
  3. Nurul Azua Md Shari, 45, Nilai, Negeri Sembilan, 
  4. Kinar (Ayekinar Kassim), 55, 
  5. Mazleen, (Mazlin Abu), 45, Kluang, Johor,  
  6. Majid Mohd Noor,45, Jerantut, Pahang 
  7. Leeza, Norliza Zakaria, 54, Klang, Selangor 
  8. Ben (Benjamin), 63, Likas, Sabah 
  9. Ezan, (Alizan Jamaludin), 52, Kuantan, Pahang. 
  10. Zekrai, (Zaini Muhammad, 48, Kajang, Selangor
  11. Nawary(Nawawi Abdul Rahman, 51, Kangar, Perlis  
  12. Vijay (Jeyakumaran Thoondi), 51, Taping, Perak



Masing-masing memperlihat kebolehan tersendiri bagi merebut gelaran juara yang membawa hadiah RM30,000. 

Mereka mempunyai profesion tersendiri, malah ada yang mempunyai keluarga yang bergiat dalam seni dan ada yang menjadi penyanyi sebagai profesyen sampingan. 

Contohnya Leeza adalah emak kepada Ray-D, anggota Kumpulan Alpha. Sementara Nurul adalah kakak sulung penyanyi Allahyarham Achik Spin, Tajul dan Bebi Acha. 

Beberapa peserta lain punya pengalaman menyanyi secara tetap atau sambilan. 

Peserta paling muda ialah Zanie (Noor Azani Mat Zin). Dia adalah penyanyi kebudayaan negeri Melaka. Sementara peserta paling tua ialah Ben (Benjamin). Dua peserta adalah pemandu e-hailing iaitu Majid dan Shah.

Kesemua peserta memperlihatkan kebolehan masing-masing dalam sesi bertemu media pada Rabu, 6 Ogos 2025. 



Program ini dikendali oleh personaliti popular Elly Mazlein selaku hos utama, bersama Joey Daud selaku pengacara belakang pentas dan hos Diari Kilauan Emas. 

Barisan juri pula mengekalkan primadona Malaysia, Erra Fazira sebagai juri tetap, digandingkan bersama pelawak. pelakon Roy Azman dan juri terbaharu bersuara emas, Ning Baizura. 

Dari segi permarkahan, 70 peratus dari  kiri profesional,  20 peratus juri awam dan 10 peratus juri di rumah. 

Bersiaran selama 8 minggu, musim kali ini turut memperkenal Zarul Husin sebagai hos Spotlight yang akan membawakan info-info menarik dan “berbisa” selepas konsert berlangsung, bersiaran pada jam 11.30 malam di Astro Prima, serta Keanu Azman dan Sarah Karmila sebagai hos Live+. - KitaReporters

12
14
0
11
0
You will be interested