Seni & Sukan 22 Sep, 2023

Piala Asia 2023: Sabah kembali bertarung selepas 27 tahun! Tiada masalah benam wakil kelab Singapura!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Sabah FC menepati ramalan apabila tiada masalah untuk mencatat kemenangan pertama saingan Piala AFC 2023 dengan menewaskan Hougang United FC 3-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan H pada 21 September 2023. 

Bermain di Stadium Likas dan mendapat sokongan penuh penyokong sendiri ternyata membuat pasukan dari Boneo ini tampil lebih meyakinkan.

Skuad Badak melakukan kemunculan semula pada saingan AFC selepas 27 tahun dilihat lebih menguasai permainan dan mencipta gerakan lebih berbahaya untuk mendapatkan jaringan. 

Sementara wakil kelab dari Singapura pula dilihat bergelut untuk bermain di tempat lawan mungkin atas faktor padang. 

Hougang United sudah terbiasa dengan rumput tiruan di negara mereka kelihatan sedikit sukar untuk bermain permainan mereka dibantu keadaan padang ketika itu dan ini memberi kelebihan kepada Sabah. 

Hujan yang turun juga menjadi faktor permainan kedua-dua tidak begitu kemas apabila hantaran yang dilakukan sering tersangkut di permukaan air menyebabkan perlawanan menjadi sedikit terganggu. 

Jika tidak, tuan rumah pasti peroleh jaringan lebih besar namun kemenangan ini amat penting untuk memastikan perjalanan ke pusingan seterusnya lebih cerah. 

Terdahulu, anak didik Datuk Ong Kim Swee tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pemain import mereka Gabriel Peres. 

Darren Lok pula ternyata berada pada prestasi terbaik beliau apabila meledak dua jaringan pada minit ke-38 dan ke-62 untuk memastikan penampilan pasukannya pada saingan Asia bermula dengan cemerlang. 

Pasukan pelawat membawa pulang jaringan sagu hati menerusi Takayama Kazuma pada minit ke-61. 


Darren Lok menjadi nadi penting buat Sabah apabila meledak dua jaringan dalam perlawanan tersebut untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama. - Kredit foto: Facebook Sabah FC


Sabah akan ke Indonesia pada 5 Oktober 2023 depan untuk berhadapan wakil kelab dari negara itu, PSM Makassar dalam perlawanan kedua. 

Anak buah Kim Swee perlu lebih berhati-hati kerana mereka pasti inginkan kebangkitan di halaman sendiri selepas tewas dalam perlawanan pertama. - KitaReporters

7
8
0
7
0
You will be interested