Seni & Sukan 07 Nov, 2023

Video| Review Janna paling jujur? Ramai percaya cita rasanya! Paling ditunggu ayat ‘biasa je nyah’!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Kita tinggalkan sekejap cerita-cerita kontroversi yang sering singgah dalam diari hidup Janna Nick. Kalau sudah namanya artis popular, kontroversi adalah ‘makanan’ harian mereka. Nak jadi artis popular, kenalah kalis kecaman. Tak gitu Janna?

Selain diminati kerana berlakon dan mengacara, rupa-rupanya Janna juga diminati kerana membuat review atau ulasan mengenai makanan. 

Kalau tak percaya, anda boleh lihat dalam media sosial miliknya terutama TikTok. Janna sering berkongsi bersama peminat mengenai review (ulasan) makanan yang dicubanya.

Ramai yang sukakan Janna membuat review kerana jujur dan tidak ‘propa’ yang tidak seperti pempengaruh lain. 

Setiap kali Janna berkongsi video review, pasti memperoleh tontonan yang banyak. Namun, paling menarik, ramai menunggu saat Janna mengeluarkan ayat pada akhir ulasan yang berbunyi ‘biasa je nyah’.




Ayat tersebut membawa maksud makanan yang dirasainya itu cuma biasa-biasa sahaja tidak seperti yang digembar-gemburkan. Jarang sekali melihat Janna mengeluarkan kata-kata luar biasa. 

justeru, kejujurannya itulah yang disukai para peminat.

Ada satu video yang mencapai sebanyak 1.7 juta tontonan adalah ketika musim buah peach donut tular sehinggakan ramai yang mahu mencubanya. 

Harga mahal tolak ke tepi yang penting dapat mencuba buah viral tersebut. Justeru, Janna pun mencubanya. Memek muka yang bersahaja ketika mencuba, akhirnya Janna merumuskan buah tersebut rasanya hanya biasa-biasa sahaja.



Manakala ada satu video menunjukkan perbezaan sama ada dia suka atau tidak pada makanan tersebut. Jadi, anda boleh lihat perbezaan itu. Video itu menunjukkan dia membuat review mengenai buah feijoa ketika menunaikan umrah pada September 2023 yang lalu.

Buah yang berwarna hijau dan berbentuk lonjong itu mendapat ulasan yang positif daripada Janna. 

Menurut Janna, rasanya sangat luar biasa dan sedap. Ulasan tersebut mendapat respons daripada peminat. Ramai yang percaya pada Janna. - KitaReporters 


13
13
0
7
0
You will be interested