Seni & Sukan 04 Jan, 2023

Video| Reda dan pasrah! Ada hikmah di sebalik musibah! Butik Fitri UNIC musnah! Kebakaran Wisma Jakel!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


PENYANYI nasyid yang juga anggota kumpulan UNIC, Dr Fitri Haris, 38, menerima dugaan besar pada awal tahun 2023 ini. 

Butik Al-Mukarramah miliknya dan isteri terbakar kira-kira 80 peratus ekoran kebakaran yang bermula dari Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam pada pagi Isnin, 1 Januari 2023. 

Menurut Fitri, dia pada awalnya tidak menduga  kebakaran itu akan merebak sehingga ke butik perniagaannya yang diusahakan lima tahun terletak berhampiran dengan lokasi utama kejadian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Dr Fitri Haris

Fitri reda dengan nasb yang menimpa dan yakin ada hikmah di sebalik kebakaran itu.

"Saya mengetahui mengenai kejadian kebakaran itu pada pagi tadi selepas membaca laporan berita. Bagaimanapun, saya tidak menyangka premis butik perniagaan saya yang diusahakan kira-kira lima tahun lalu di kawasan itu juga terkena sama.

"Perasaan ketika tiba di kawasan butik, bagaikan tidak menyangka premis perniagaan saya juga terbakar sama. Saya hanya fikirkan bagaimana dengan barangan pelanggan dan juga keselamatan pekerja yang mungkin berada di dalam butik.

"Saya langsung tidak memikirkan jumlah kerugian yang ditanggung ketika itu kerana nyawa pekerja dan barangan pelanggan lebih utama. Apapun, kemusnahan kebakaran di butik saya membabitkan lebih 80 peratus dan ini dugaan daripada Allah buat saya," katanya kepada sebuah media.




Fitri berkongsi berita duka itu menerusi hantaran dalam Instagram (IG). Dalam hantaran itu, dia juga memaklumkan kepada pelanggan terpaksa menangguhkan aktiviti jualan harga istimewa di butiknya yang dijadualkan berlangsung sempena 1 Januari 2023.

"Butik saya turut mengalami kebakaran. Pohon doa kesejahteraan buat Jakel Shah Alam kerana kebakaran seluruh wisma itu membuatkannya merebak hingga ke Butik Al Mukarramah.  

"Segala urusan promosi ditangguhkan dan akan dikemas kini. Saya juga ingin maklumkan acara hari ini (Ahad) turut dibatalkan. Mohon maaf atas kesulitan. Hanya kepada-Nya kami berserah," tulisnya.


Fitri menghebahkan bakal mengadakan promosi di butiknya dalam media sosialnya sebelum ia tebakar.


Dr Fitri juga tidak dapat menjelaskan jumlah kerugian dialami kerana ia melibatkan urusan insurans. 

Menurut penyanyi nasyid ini, dia reda dengan tragedi sedih yang menimpanya, namun yakin ada hikmah di sebaliknya.

Dia percaya Tuhan akan memberi rezeki berganda kepadanya dalam pelbagai cara. Dr Fitri selain bergerak solo, juga kembali menganggotai kumpulan nasyid UNIC pada awal tahun 2022.


Fitri (tengah) kembali menyertai kumpulan UNIC bersama Bazli dan Fakhrul

Tetap mementingkan pelajaran, Dr Fitri sanggup belajar di luar negara seperti New Zealand dan United Kindom. Dan pada 2016 dia memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik Islamik dari Universiti Nottingham, United Kingdom.

Ini membolehkan dia menjadi tenaga pengajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Selain itu, Dr Haris juga menjalankan beberapa perniagaan termasuk Butik Al-Mukarramah yang menyedia pakaian dan peralatan Muslimah. - KitaReporters


6
16
0
15
0
You will be interested