Seni & Sukan 20 Nov, 2022

Video| Allahuakhbar! Berhibur bersama, beramal pun bersama! Wings tunai ibadah umrah secara bersama!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Kumpulan Search (dari kiri) Black, Edrie, Awie, Sham dan Eddie bergambar di lapangan terbang sebelum menunai umrah.

Berhibur bersama, beramal juga bersama. Itu yang dilaku oleh kumpulan rock legenda Wings apabila ke Mekah bagi menunaikan umrah.

Wings mencipta rekod sebagai kumpulan muzik pertama tempatan melakukan umrah secara bersama.

Kelima-lima anggota kumpulan iaitu Awie (vokalis), Eddie (bes), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Rabu, 16 November 2022.
Mereka dihantar oleh anggota keluarga masing-masing.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kumpulan Wings

Anggota Wings dihantar oleh anggota keluarga masing-masing di lapangan terbang



“🕋 Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi, semoga Wings peroleh umrah yang maqbullah, Allahumma Aamin 🤲🏻. Doakan urusan Wings disana dipermudah dan dapat menunaikan ibadah Umrah dengan sempurna.”, tulis pengendali Instagram Sayap2Wings.

Awie, 53, dalam satu video berharap ia menjadi umrah yang mabrur bagi kumpulan Wings.

Rata-rata peminat mendoakan agar kumpulan yang terkenal dengan lagu 'Sejati' itu diberikan kesihatan yang baik serta dipermudah segala urusan.

"Semoga dipermudah segala urusan pergi dan balik." 

"Gembira melihat abang-abang kita ini. Semoga sihat sepanjang di sana. Selamat pergi dan balik. Doakan kami juga sihat dan dapat ke sana," antara komen-komen pengguna laman sosial.



Sebelum ini Wings mengumumkan bakal berehat panjang dan akan menyusun semula jadual seni selepas Aidilfitri, tahun 2023.

Wings yang ditubuh pada 1985 silih berganti anggota. Awie sendiri pernah keluar dan diganti oleh Mel dan Mus May.

Wings awalnya dianggotai Awie (vokal),  Syam (gitar utama), Baharom (gitar kedua), Zul (bes) dan Jojet (drum).

Ketika Wings ditawar membuat album bersama ASP, Eddie (bes), Jojet (drum) dan Joe (gitar) mengganti anggota lama.

Namun Joe meninggalkan Wings pada 2010 dan pada tahun 2015, Wings mengumumkan kumpulan itu menjadi lima anggota dengan mengambil Syam dan Edrie Hashim sebagai anggota baru bagi bermain gitar.

Walaupun sudah silih berganti anggota, Wings bercadang untuk terus kekal sebagai salah satu kumpulan rock legenda negara. - KitaReporters


16
7
0
10
0
You will be interested