Seni & Sukan 30 Aug, 2022

Liga Super 2022: JDT terus mengaum! Kekal rekod tanpa kalah! Hampiri kejuaraan ke-9 berturut-turut!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan cengkaman selaku pendahulu liga selepas mudah membenam Melaka United Football Club (MUFC) 4-0 dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada malam tadi, 29 Ogos 2022. 

Dalam perlawanan ini, JDT tidak hadapi sebarang masalah untuk memburu tiga mata penuh dan jaringan hatrik daripada Bergson da Silva dan Fernando Forestieri bagi memastikan Harimau Selatan terus selesa berada di puncak dan semakin hampir untuk mendakap kejuaraan yang kesembilan berturut-turut buat mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan JDT FC


Bermain di halaman JDT, bukanlah satu tugas mudah buat MUFC namun pada 30 minit awal permainan, mereka dapat bermain dengan baik meskipun JDT memperoleh jaringan awal pada minit ke-13 menerusi Forestieri.  

Namun 15 minit sebelum tamat separuh masa pertama, penjaring terbanyak Liga Super, Bergson berjaya menambah dua jaringan pada minit ke-32 dan minit ke-42. 

Bergson melengkap malam ceria buat dirinya dengan jaringan ketiga peribadi buat dirinya pada minit ke-85 untuk membolehkan mereka selesa mencatat kemenangan tanpa dibolosi. 

Selepas 15 perlawanan, JDT masih belum tewas dan mereka berpeluang untuk mengulangi sekali lagi rekod yang pernah mereka catat pada saingan 2016 lepas muncul juara selepas 22 perlawanan tanpa kalah

Persoalannya, pasukan mana yang mampu menghentikan rekod kemenangan JDT ini atau mereka bermaharajalela dalam saingan liga Malaysia ini

Sama ada pasukan JDT terlalu kuat atau pasukan lain yang terlalu sukar untuk menyaingi kehebatan permainan skuad Harimau Selatan ini. - KitaReporters


Kredit Foto :FB JDT

7
13
0
8
1
You will be interested