Seni & Sukan 06 Feb, 2023

Video| Demi anak, Siti Nurhaliza batalkan kemunculan! Siti Aafiyah cedera jatuh skuter, dagu dijahit!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Ada ketikanya urusan kecemasan melibatkan anggota keluarga perlu diutama ketika ada kerja lain yang perlu dilakukan.

Justeru, selebriti ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 44, terpaksa membatalkan kemunculan dalam sebuah acara pada malam hari Sabtu, 4 Februari 2023 lalu kerana anak sulungnya Siti Aafiyah Khalid, 5. mengalami kemalangan pada sebelah petangnya.

Siti Aafiyah terjatuh ketika bermain skuter di pekarangan rumah sehingga terpaksa dikejarkan ke bilik bedah sebuah hospital swasta.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak Tok Ti, Siri Aafiyah Khalid




Aafiyah yang cedera pada bahagian tangan dan muka turut menerima beberapa jahitan pada bahagian dagu.

Kejadian tersebut dimaklumkan oeh Siti ketika memohon maaf kepada penganjur sebuah acara apabila terpaksa membatalkan kemunculannya pada malam hari Sabtu itu.

“Malang tidak berbau. Anak ibu jatuh skuter. Kena masuk OT (dewan bedah). Doakan semoga Allah SWT permudahkan urusan.

“Minta maaf kepada pelanggan kerana saya terpaksa membatalkan persembahan pada saat akhir disebabkan kemalangan yang menimpa anak saya,” katanya dalam Insta-Storynya.

Siti Nurhaliza turut berkongsi gambar bahagian tangan kanan Aafiyah, yang berbalut.


Menerusi hantaran lain, Siti Nurhaliza turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli bertanyakan khabar anaknya.

“Menjunjung kasih KDYMM Tuanku Permaisuri Agong yang bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Terima kasih juga buat semua yang doakan kesihatan Aafiyah. Insya-Allah Aafiyah cepat sembuh dari kemalangan kecil ini,” tulisnya lagi.



Sementara itu, menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, insiden berkenaan berlaku di kediaman penyanyi itu pada petang Sabtu.

Katanya, Aafiyah terus dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebaik jatuh tersembam sehingga mengakibatkan kecederaan pada dagunya. Bagaimanapun Aafiyah cuma luka kecil pada dagu yang memerlukan beberapa jahitan.

Selain Siti Aafiyah, Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mempunyai seorang lagi anak lelaki, Muhammad Afwa, 2. - KitaReporters


16
14
0
11
1
You will be interested