Seni & Sukan 07 Jun, 2022

Video| Neelofa merajuk? Rancang ke Arab Saudi pada 2023! Nak belajar bahasa Arab, baca al-Quran!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Neelofa, PU Riz dan Bilal bakal berhijrah ke Madinah tahun depan. - Kredit foto: IG neelofa


Dalam rancangan ‘Nona’ TV3 pada Ahad, 5 Jun 2022, personaliti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor, 33, membuat pengumuman akan berhijrah ke luar negara bersama suami, Harris Ismail (PU Riz), 27, dan anaknya Muhammad Bilal tidak lama lagi bagi memboleh dirinya dan anak menguasai bahasa Arab

Pengumuman itu mengejutkan para peminatnya dan tertanya-tanya adakah personaliti dan usahawan terkenal itu merajuk sehingga bercadang untuk meninggalkan negara.


Suami Neelofa, PU Riz mengesah khabar itu. Menurutnya, soal penghijrahan itu sudah dibincang pada awal perkahwinan pada 27 Mac 2021 dan Neelofa tidak membantah

Tambah PU Riz, sepatutnya mereka ke Arab Saudi pada tahun lepas (2021) tetapi terpaksa ditangguh apabila Neelofa mengandung. Kini mengikut perancangan terbaharu, pasangan ini dan anak akan berangkat ke negara dua Tanah Suci itu seawalnya pada awal tahun depan, 2023.

PU Riz akan melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Madinah selama dua tahun dalam bidang pengajian Islam.

Kesempatan itu membolehkan Neelofa mengikuti pengajian Markaz Lughah untuk mendalami bahasa Arab iaitu bahagian al-Hiwar, iaitu macam mana hendak bercakap harian.



"Jadi, kalau balik Malaysia nanti Neelofa sudah boleh bercakap dalam bahasa Arab,” kata PU Riz. 

Selain itu, dengan tinggal dalam persekitaran masyarakatnya berbahasa Arab akan membolehkan anaknya, Bilal juga akan cepat menguasai bahasa Arab. 

PU Riz boleh menguasai bahasa Arab dengan baik kerana belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terdapat 10 subjek dalam bahasa Arab. Dan di Malaysia, PU Riz punya ramai kawan keturunan Arab dan berkomunikasi dalam bahasa Arab. 

Ini membuat Neelofa semakin bersemangat untuk belajar bahasa Arab.

PU Riz turut mengakui bacaan al-Quran Neelofa bertambah baik dan percaya isterinya mampu membaca lebih baik apabila dapat menguasai bahasa Arab. - KitaReporters

8
11
0
12
0
You will be interested