Seni & Sukan 18 May, 2022

Video| Kecoh satu kampung! Wanita ditangkap bersuami dua! Suami pertama sayang! Suami kedua cinta!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

NN yang memiliki dua suami kemudian dihalau oleh warga Tanjongsari, Jawa Barat. - Kredit foto: Tribunnews.com


KEJADIAN aneh tapi benar yang membabitkan seorang wanita bersuami dua orang di Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Indonesia yang akhirnya suami yang pertama menceraikan isterinya dengan talak tiga selepas mengetahui wanita itu bernikah dengan lelaki lain sejak lima bulan lalu.

Kejadian yang berlaku di Sodong Hilir, Desa Tanjungsari, Kecamatan Sukaluyu telah mengakibatkan suami pertama yang bernama TS, 49, melafazkan cerai tersebut kepada isterinya yang bernama NN, 28, yang bernikah siri (senyap) dengan seorang lelaki lain, UA berumur 32 tahun.


Lagi cerita-cerita gempar berkaitan wanita dua suami

WARGA Sodong Hilir, Desa Tanjongsari bertindak membakar pakaian serta menghalau NN dari kampung itu selepas mereka mengetahui wanita itu bersuami dua. - Kredit foto: Herald Sulsel



Kecurangan NN yang mempunyai dua suami itu terbongkar dan diketahui pada 9 Mei 2022 lalu oleh suami pertama yang sah apabila TS sering mencuriga tingkah laku NN yang berubah sejak akhir-akhir ini akibat mempunyai seorang lagi suami, UA yang tinggal di Desa Babakancaringin, Kecamatan Karangtengah, Kabupaten Cianjur

Portal detik.com pada 16 Mei 2022 dipetik malaporkan, berikutan kes tersebut, warga di kampung itu turut bersimpati dengan nasib TS dan marah lalu mereka bertindak menghalau dan membakar pakaian wanita terbabit beberapa hari lalu.

Video pengusiran wanita yang bersuami dua itu viral dalam media sosial yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @zanahmad0706. 

Jutaan pengguna telah menyaksikan video berkenaan dan ribuan komentar yang kebanyakan mengecam tindakan wanita terbabit bersuami dua. 

Pada video itu, terlihat beberapa warga yang sedang membakar pakaian NN sambil memaki dan menghalau wanita itu dari kampung berkenaan.

Akibat tindakan warga yang mengusir NN yang melakukan perbuatan dosa besar bersuami dua itu, wanita itu dikatakan telah meninggalkan Desa Tanjungsari pada waktu malam pada 15 Mei 2022.


Kredit foto : Tribunnews.com


Seorang tokoh masyarakat Desa Tanjungsari, Aep Ibing berkata, pernikahan NN dengan UA diketahui selepas keluarga TS curiga ke atas NN yang sering berada di rumah UA

Ketika NN, setiap pagi keluar dari rumah alasannya untuk pergi kerja dengan sebuah motosikal dan beberapa ahli keluarga TS telah mengikutinya tanpa pengetahuan wanita itu tetapi NN tidak pergi kerja sebaliknya dia pergi ke rumah suaminya yang kedua iaitu UA.

Melihat keadaan itu, beberapa ahli keluarga TS terbabit menanyakan kenapa NN berada di rumah itu.

‘’Pada awalnya, NN tidak mengaku dan berdolak-dalih tetapi UA memberitahu kepada ahli keluarga TS bahawa mereka telah menikah pada Disember 2021.

‘’Serentak dengan itu, ahli keluarga TS amat terkejut NN sudah menikah dengan UA sedangkan NN masih isteri yang sah kepada TS,’’ kata Aep Ibing.


 

Aep Ibing selanjutnya menceritakan ketika ditanya kenapa NN bersuami dua, dia mengatakan yang suami tua (pertama) dia sayang, manakala suami muda (kedua) pula dia cinta sebab itu dia berkahwin dua.

Menurutnya, mereka berdua mengaku sudah bernikah sejak lima bulan lalu yang dinikahkan oleh seorang ustaz di kampung suaminya.

"NN berbohong kepada ustaz yang menikah dia dengan UA. Dia mengatakan kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia sedangkan ibu bapanya masih hidup lagi. NN kata dia sudah bercerai dengan suaminya tetapi dia masih sah isteri TS,’’ kata Aep Ibing lagi. 


 

NN cuba ditenteramkan beberapa warga selepas kes dia bersuami dua kecoh. - Kredit foto: Indozne


Sementara itu,TS cukup kesal dengan NN yang menikah dengan seorang lagi suami secara senyap-senyap.

TS berkata, dia tidak menyangka NN sanggup menduakan suami dengan melakukan perbuatan berdosa besar di sisi agama Islam sedangkan TS dan NN sudah rumah tangga selama 13 tahun dan memperoleh dua orang anak.

‘’Dengan ini, saya ceraikan isteri (NN) saya dengan talak tiga,’’ kata TS di hadapan beberapa warga termasuk pemimpin masyarakat selepas kes itu kecoh di kampung tersebut. - KitaReporters


5
18
1
13
1
You will be interested