Seni & Sukan 10 Mar, 2022

Video| Woii, motor tak payah bayar tol! Kenapa kau bayar tol? Insiden lucu penunggang motosikal!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Pembayaran di plaza tol dikhaskan bagi kereta sahaja

Namun tular sebuah video dalam TikTok apabila ada penunggang motosikal dilihat mengunakan lorong Touch n' Go dan membayar menggunakan kad mereka.

Ini telah menyebabkan ramai pengguna berasa sangat pelik kerana dilihat mereka membayar tol sama seperti orang yang menggunakan kereta.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan motosikal


Tindakan mereka ini juga menyebabkan penjaga tol terpinga-pinga apabila melihat situasi yang telah berlaku walaupun telah diarahkan menggunakan laluan antara kon jalan dan palang tol untuk lalu sahaja.

Reaksi netizen semua merasakan penunggang motosikal ini geli hati, dan pada masa sama ada yang tumpang simpati kerana mungkin itu pengalaman pertama mereka menaiki motosikal di jalan raya yang mempunyai tol.




Namun ada netizen yang berkongsi pendapat mereka kerana laluan motosikal tidak selamat bagi digunakan kerana mungkin ada paku yang ditabur disebabkan hasad dengki dan akan menyebabkan nyawa dalam bahaya.



Menurut beberapa pengguna motosikal yang lain lagi, perkara ini adalah biasa buat mereka kerana terdapat beberapa lokasi mempunyai laluan khas motosikal yang tidak selamat kerana tidak diselenggara dengan baik. - KitaReporters


14
20
0
12
0
You will be interested