Seni & Sukan 25 Feb, 2022

Video| Wow! DS Vida pilih Abang Qushayry! Influencer kacak, pemalu jadi PA baharu! RM10k sebulan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


USAHAWAN kosmetik sensasi Datuk Seri Vida, 50, memilih seorang influencer (pempengaruh) kacak sebagai pembantu peribadi (PA) ‘idaman’nya dengan gaji lumayan iaitu RM10,000 sebulan.

Influencer yang dikenali sebagai Syed Qushayry atau Abang Qu Itu dipilih daripada sejumlah yang meminta pekerjaan itu melalui tawaran yang dibuat DS Vida melalui media sosial sebelum ini.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan influencer (pempengaruh)

DS Vida memilih lelaki kacak mengikut seleranya sebagai PA baharunya.

Sebelum ini, jutawan kosmetik ini memaklumkan bahawa dia sedang mencari lelaki kacak bagi mengisi kekosongan jawatan pembantu peribadinya.

Dalam laman Instagram terbaharunya, DS Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, menyatakan dia telah menemui pembantu peribadi 'idamannya' dikenali sebagai Qushayry atau Abang Qu yang merupakan seorang influencer.

Menerusi perkongsian dalam laman Instagram, DA Vida berkata, pemuda itu seorang yang pemalu jika dibandingkan dengan dirinya yang happy go lucky.



Tambah DS Vida, ramai yang menghantar resume untuk menjadi pembantu peribadi baharunya dan calon-calon semuanya hebat-hebat.

"Bismillah, PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah... semua hebat hebat...

"PA baru saya ni @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah.

"Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki (Hadiah) dari saya? Tiber haha. Insya-Allah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kpd semua orang.

"Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh .🍅🍅 Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn," tulisnya. 



Sementara itu, pemuda itu turut memuat naik perkongsian dalam Instagramnya meminta orang ramai mendoakan agar perjalanannya dengan Empayar DSV dipermudahkan dan baik-baik sahaja.

"Ramai dm qush tanya; benar ke? Betul ke "tu Qush"? Srslaaa. Qush tersenyum dan angguk kepala sedikit sbg tanda, iyaa itu Qush lah. Rezeki bukan sekadar wang ringgit, rezeki hadir dalam pelbagai keadaan.

"Dikelilingi orang baik satu rezeki, ada kerja yang bagus pun juga satu rezeki. Qush tak minta banyak, doakan semoga perjalanan ini diberkati dan disenangi oleh semua. Aaminnkan untuk Qush pun dah cukup 🤍," katanya.



DS Vida sebelum ini mempunyai seorang PA iaitu Iqbal Zulkefli yang kemudian membuka perniagaan sendiri dan cuba melamarnya. - KitaReporters


13
12
0
13
0
You will be interested