Seni & Sukan 08 Jul, 2021

PDRM, RELA Besut lancar Op Bantu! Agih barangan keperluan kepada penduduk terjejas COVID-19!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Abdul Rozak Muhammad menyerahkan bakul makanan kepada seorang ibu tunggal di RAKR Pelagat Tiga, Jertih


SELEPAS tiga minggu penduduk Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Seberang Jertih, Terengganu bebas daripada 'kurungan' Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mereka tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan pasukan keselamatan termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang masuk ke perumahan terbabit

Penduduk yang masih trauma kerana berada dalam kawalan PKPD selama 35 hari dipercayai paling lama di negara ini kemudian bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan terkini dalam status Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tergaman dengan kehadiran ramai anggota agensi keselamatan berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan RAKR Pelagat 3

Pegawai RELA Daerah Besut Muhamad Farid Ibrahim menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada seorang penduduk


Bagaimanapun, kehadiran anggota pasukan keselamatan terbabit pada kali ini, Rabu 7 Julai 2021 bukanlah untuk mengekang pergerakan penduduk terbabit sebaliknya ia misi bantuan makanan barangan dapur untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan

Program Op Bantu anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dan RELA tersebut bertujuan menjejak penduduk yang terjejas dengan situasi penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan sebahagian besar penduduk tidak dapat melakukan kerja harian akibat pelbagai perintah kawalan dikenakan oleh kerajaan.


Abdul Rozak Muhammad


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya memilik kawasan perumahan RAKR Pelagat 3, Jertih sebagai gimik pelancaran untuk mengagihkan bantuan makanan yang disumbangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya, menerusi program itu IPD Besut menerima 300 bakul makanan yang akan diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada penduduk daerah itu yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Kehadiran anggota pasukan keselamatan mengejutkan penduduk di RAKR Pelagat 3, Jertih


“Menerusi program tersebut pihaknya mengagihkan dari rumah ke rumah dan hasilnya turut mendapat input daripada penduduk untuk berkongsi kesusahan sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada 2020,”  katanya kepada media selepas pelancaran program itu pada Rabu 7 Julai 2021.

Abdul Rozak berkata, selain anggota polis, turut serta dalam program agihan itu ialah anggota RELA yang diketuai Pegawai Rela Daerah Besut Muhamad Farid Ibrahim serta ahli Skuad Aman Wanita (AMANITA)

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk RAKR Pelagat 3, Samsudin Mohamad berkata, pihaknya bangga kerana PDRM memilih kawasan perumahan berkenaan sebagai program printis di daerah Besut.

“Kami menyenaraikan pelbagai golongan termasuk ibu tunggal, orang miskin, peniaga kecil yang terjejas serta Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk menerima sumbangan berkenaan,” katanya. - KitaReporters


Pasukan keselamatan Polis, Rela, AMANITA dan Jawatankuasa Persatuan Penduduk RAKR Pelagat 3 menyantuni penduduk

9
1
0
0
0
You will be interested