Seni & Sukan 14 Mar, 2021

Aksi Superman dan wheelie! 6 remaja lelaki, 1 perempuan ditahan Ops Samseng Jalanan IPD Setiu

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ENAM buah motosikal ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Setiu, Terengganu pada 12 Mac 2021 - Kredit foto: IPD Setiu 


AKSI enam remaja lelaki dan seorang perempuan yang menunggang motosikal mereka dengan gaya terbang ala Superman akhirnya kecundang apabila mereka ditangkap oleh polis dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Penarik-Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu pada petang Jumaat, 12 Mac 2021.

Operasi terbabit yang dilakukan oleh seorang pegawai dan 11 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu telah menahan tujuh remaja itu pada pukul 4.45 petang. 

Mereka melakukan kesalahan tersebut dengan aksi meniarap sambil menundukkan kepala seperti aksi Superman semasa menunggang motosikal di jalan raya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan aksi Superman:

https://kitareporters.com/search?search=Superman


REMAJA perempuan yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan. - Kredit Foto : IPD Setiu


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata selain itu, mereka juga mempamerkan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) yang boleh merbahayakan diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain. 

Menurutnya, polis menjalankan operasi tersebut bagi memastikan keselamatan orang ramai kerana di kawasan berkenaan sering menjadi tumpuan mereka terutama pada hari minggu.



ANTARA remaja lelaki yang ditahan oleh anggota polis IPD Setiu. - Kredit Foto : IPD Setiu 


``Aksi mereka seperti gaya Superman dan wheelie memang berbahaya dan perbuatan mereka itu boleh mengancam keselamatan orang lain yang melalui jalan raya tersebut. 

``Sulusan itu, pihak polis menahan enam lelaki dan seorang wanita yang membonceng salah sebuah dari motosikal terbabit dalam aksi berkenaan,’’ katanya pada Sabtu, 13 Mac 2021.



Kredit foto: IPD Setiu 


Afandi berkata mereka yang ditahan itu dibawa ke IPD Setiu untuk tindakan selanjutnya dan seorang daripada remaja lelaki itu didapati positif bahan terlarang daripada ujian awal saringan air kencing

Katanya, kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - KitaReporters


0
0
0
1
0
You will be interested