Seni & Sukan 08 Apr, 2022

Keluarga Malaysia beri duit raya! 260 pelajar, 13 sekolah! Yayasan Bank Rakyat, TNB, UMNO Labis!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this


Mohd Azahar Ibrahim (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada pengetua sekolah terpilih sambil diperhatikan oleh Haslinda Salleh (kanan) dan Najmi Mohamad (tiga dari kiri) di Pejabat UMNO Bahagian Labis di Labis, Johor.


REMAJA dan kanak-kanak merupakan golongan yang paling teruja setiap kali menjelang hari raya, namun tidak semua mereka bernasib baik mampu menyambut kedatangan hari lebaran dengan persiapan sempurna seperti rakan-rakan mereka dari keluarga yang berkemampuan. 

Menyedari hakikat tersebut, Yayasan Bank Rakyat bersama Tenaga Nasional Berhad dan UMNO Bahagian Labis bekerjasama mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan 'duit raya' sebanyak RM100 seorang kepada 260 pelajar golongan B40 dari 13 sekolah di Parlimen Labis bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang kedatangan hari raya nanti.


Pengetua SMK Labis, Kamar Mohd. Dan (dua dari kiri) mewakili pelajarnya menerima sumbangan Yayasan Bank Rakyat, TNB dan UMNO Bahagian Labis yang disampaikan oleh Mohd Azahar Ibrahim (dua dari kanan) di Pejabat UMNO Bahagian Labis.


Ketua UMNO Bahagian Labis, Mohd. Azahar Ibrahim berkata, bantuan yang dihulurkan mungkin tidak sebesar mana namun sumbangan tersebut merupakan salah satu cara berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan dan diharap dapat meringankan beban golongan tersebut sepanjang bulan Ramadan ini. 

"Ini bukan kali pertama dan terakhir kami menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, malah sumbangan begini  seakan sudah menjadi acara rutin kami setiap tahun, cuma pada kali ini pihak kami tidak bersendirian seperti tahun-tahun sebelumnya, sebaliknya kami berganding bahu dengan Yayasan Bank Rakyat serta TNB dalam usaha menyantuni golongan yang memerlukan ini.

"Saya harap kerjasama ini tidak terhenti setakat ini sahaja sebaliknya akan ada kesinambungannya selepas ini terutama dalam usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik," katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada pengetua dan guru besar sekokah terbabit di Pejabat UMNO Bahagian Labis di Labis, Johor.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh dan Penolong Pengurus Cawangan Bank Rakyat Cawangan Labis, Najmi Mohamad.

Penolong Pengurus Cawangan Bank Rakyat Labis, Najmi Mohamad.

Wakil dari SMK Chaah mewakili pelajar B40 menerima duit raya daripada Mohd Azahar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Haslinda Salleh (kanan) dan Najmi Mohamad ( dua dari kiri).

Dalam pada itu, Haslinda berharap lebih banyak NGO serta badan korporat tampil menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama ketika umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya, tidak dapat dinafikan ramai yang terkesan dan hilang mata pencarian disebabkan banyak sektor ekonomi terpaksa ditutup berikutan tempoh perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang agak lama ketika negara dilanda wabak Covid-19 sebelum ini.

Menurutnya lagi, bantuan yang  boleh dihulurkan tidak semestinya dalam bentuk kebendaan sahaja, malah golongan yang terjejas juga turut memerlukan sokongan moral serta khidmat nasihat untuk memulakan usaha mereka yang terbantut sebaik negara dilanda Covid-19. 

"Sehubungan itu, semua pihak harus turun padang menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas mengikut kepakaran serta kemampuan masing-masing termasuk khidmat kaunseling bagi memastikan mereka mampu untuk bangkit semula.

"Kos sara hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini memberi kesan besar kepada golongan B40 dan mereka ini wajar dibantu terutama ketika membuat persiapan untuk menyambut hari raya nanti,"katanya.

Beliau turut mengakui terdapat pertambahan ketara mereka yang berada dalam kelompok B40 ketika ini disebabkan penutupan kebanyakan sektor ekonomi sepanjang tempoh perlaksanaan PKP sebelum ini. - KitaReporters


Sebahagian pengetua dan guru besar sekolah di Parlimen Labis yang hadir mewakili pelajar B40 yang terpilih menerima duit raya sumbangan Yayasan Bank Rakyat, TNB dan UMNO Bahagian Labis di Pejabat UMNO Bahagian Labis.

12
12
0
7
0
You will be interested