Seni & Sukan 28 Mar, 2022

Ada sesiapa tertinggal gigi palsu di restoran? Pemilik restoran kongsi dalam FB! Cari pemiliknya!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Restoran The Barclay di Oldham, England yang menawarkan pelbagai jenis hidangan piza dan makanan lain.


MENIKMATI makanan di restoran bersama rakan-rakan pasti mengujakan, ada sahaja kisah yang mahu dikongsi sepanjang menikmati hidangan. Kadangkala kerana terlalu teruja dapat menikmati hidangan, ada sahaja yang tertinggal selepas selesai menjamu selera.

Bagi pemilik restoran menemukan barang-barang milik pelanggan yang tertinggal adalah perkara biasa dan menjadi kelaziman kepada pihak restoran akan menyimpan barang tersebut sehingga tuan empunya barangan itu datang semula untuk mengambilnya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan gigi palsu


Perkara sama turut berlaku di sebuah restoran The Barclay di Oldham, England apabila setiap kali pelanggan tertinggal barangan, pemiliknya akan menyimpan dan menunggu pemilik datang menuntut semula.

Namun dalam kejadian pada 19 Mac 2022 lalu, pemilik restoran yang dikenali sebagai Emma Whelan menemukan sesuatu yang luar biasa iaitu sepasang gigi palsu di restorannya.




Emma berkata, pekerja menemukan 'barangan' berkenaan di lantai restoran sebelum menyerahkan kepadanya.

Dia kemudian memasukkan gigi yang ditemukan itu di dalam sebuah plastik dengan kemas dan berharap pemiliknya datang mengambilnya semula.

Mungkin merasakan kasihan kepada pemiliknya, Emma kemudian memuat naik foto tersebut di dalam laman Facebook dan Instagram milik restorannya.


Emma Whelan bersama rakan kongsi memuat naik barang yang ditemui di restoran miliknya dan berharap pemiliknya datang mengambil semula.


“Kami menjumpai banyak barang di Barclay, kami mempunyai kunci rumah, telefon, malah sebelah kasut (dia mungkin pulang ke rumah dengan melompat), namun ini adalah sesuatu yang baru.

“Jadi jika anda kehilangan gigi, ya gigi! Sila hubungi kami dan kami telah menyimpannya dengan selamat,” kongsi Emma.

Namun sehingga kini gigi palsu berkenaan masih belum dituntut oleh sesiapa dan Emma juga masih menyimpan barangan berkenaan dengan selamat.

Perkongsian berkenaan yang dimuat naik Emma menjadi hiburan, apabila netizen menganggap apa yang dilakukan pemilik restoran berkenaan sebagai sesuatu yang melucukan dan jarang berlaku. - KitaReporters


18
9
0
12
0
You will be interested