PEMILIK Kelantan FC The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman mengakui dan berterima kasih kepada pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas bantuan kewangan sebelum ini kepada pasukan Kelantan sebelum Norizam mengambi alih sepenuhnya skuad utama Kelatan.
Kata Norizam, Tengku Mohkota Johor (TMJ) itu membantu Kelantan dari segi memberi dana kepada pasukan dan jumlah yang diberikan juga agak banyak.
Biarpun tidak memberitahu berapa jumlahnya, dari apa yang dikatakan oleh pemilik Kelantan ini kita tahu bahawa ia sudah pasti satu jumlah yang sangat besar.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan The Red Warriors
Semua tahu sebelum ini, Kelantan FC sememangnya ada mengalami masalah tunggakan gaji ketika berada di bawah pengurusan lama dan kemasukan Norizam telah berjaya menyelesaikan masalah yang dialami oleh pasukan TRW itu.
Tambah Norizam, mungkin satu hari nanti tidak mustahil beliau akan meminta bantuan daripada TMJ dari segi idea pula untuk memastikan Kelantan terus maju dan boleh berada sebaris bersama JDT.
Sebelum ini ketika lawatan TMJ ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Tunku Ismail ada menyatakan telah membantu beberapa pasukan seperti Melaka, Selangor, Pulau Pinang termasuk Kelantan. - KitaReporters