Seni & Sukan 16 Jan, 2022

Keluarga Malaysia: Sahabat BTHO infak al-Quran! Bantu SRA dibuka semula! Selepas bencana banjir!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this



PIHAK Pentadbir Sekolah Rendah Agama (SRA) Batu 13, Puchong, Selangor akan mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid apabila sekolah itu akan dibuka semula selepas digenangi banjir besar lebih empat hari bermula 18 Disember 2021 lalu.

Guru besarnya, Siti Fauziah Bani, berkata setelah banjir mulai surut  pelbagai pihak termasuk Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Masjid Nurul Huda dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalankan kerja membersih sekolah itu secara berperingkat-peringkat lebih dua minggu lalu.

Tentunya usaha gotong royong membersihkan sekolah ini bertepatan dengan aspirasi membina Keluarga Malaysia yang menjadi aspirasi rakyat Malaysia hari ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekolah agama

Kerja baik pulih kelas SRA Batu 13 Puchong rancak dilakukan sebelum sekolah dibuka semula pada minggu depan.


Menurutnya, langkah itu dilakukan segera bagi memastikan pelbagai kerosakan dialami sekolah dapat diperbaiki atau dipulihkan seperti sedia kala terutama membabitkan penyambungan bekalan air bersih dan arus elektrik sebelum sekolah dibuka  24 Januari 2022.

Jelas beliau, dua bekalan itu amat penting demi keselesaan murid ikuti pembelajaran terutama bekalan elektrik apabila panel pada bahagian penyambungannya rosak digenangi banjir dan kerja baik pulih perlu dilakukan berhati-hati supaya pembekalan elektrik tidak terganggu.

Ketika banjir, sekolah ini digenangi banjir lebih 1.2 meter. Sembilan kelas di tingkat bawah, stor pelbagai barangan, dewan serta kantin terlibat dan apabila surut, lantai dipenuhi lumpur setebal hampir 13 sentimeter akibat limpahan air sungai berdekatan.

“Semua barangan seperti buku teks, al-Quran, perabot, sejadah, telekung murid perempuan serta rumah pam air dan pelbagai barangan yang tersimpan dalam kelas di tingkat bawah rosak dan dicemari lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menerima kunjungan Sahabat Kelas al-Quran Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor yang menyampaikan infak 170 naskhah baharu al-Quran pada 13 Januari lalu 2022.


Siti Fauziah Bani menunjukkan kepada Alias Ahmad dokumen sekolah dan murid yang tersimpan dalam kotak plastik berjaya diselamatkan daripada digenangi banjir.


Alias (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan infak naskhah al-Quran yang baharu kepada Siti Fauziah Bani sambil diperhatikan Musa Sinnan (kiri) dan Mohd Rozi Ismail (kanan).

Pengerak sumbangan al-Quran berkenaan, Alias Ahmad berkata sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai SRA itu memerlukan naskhah baharu al-Quran bagi menggantikan al-Quran yang rosak beliau mengambil inisiatif memaklumkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp bagi dapatkan infak dana dan sebagainya.

Menurutnya, dalam tempoh kira-kira dua minggu selain menerima infak dana daripada sahabat dalam kelas mengaji al-Quran  itu, sumbangan turut diterima daripada individu dalam kalangan komuniti BTHO, warga Jabatan Matematik Universiti Putra Malaysia dan alumni Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu.


Abidah Samad (kanan) dan Siti Fauziah melihat naskhah al-Quran yang baharu yang diinfak oleh Sahabat Kelas al-Quran BTHO.


Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SRA berkenaan, Abidah Samad berkata sekolah itu yang sudah beroperasi hampir 20 tahun memiliki 39 kelas dengan jumlah murid 1,316 dan 43 tenaga pengajar sudah dua kali dilanda banjir besar selepas yang pertama pada 1985.

Jelasnya, daripada maklumat dimaklumkan kepada pihak sekolah, 80 peratus rumah keluarga murid SRA itu mengalami kerosakan teruk terutama harta benda selepas dipukul arus deras dan di tenggelami banjir beberapa hari.

“Dalam keadaan kelam kabut apabila banjir mula melanda pada petang 18 Disember 2021 itu banyak barangan gagal diselamatkan oleh keluarga murid terbabit. Pihak kami amat berasa sedih dengan nasib menimpa mereka,” katanya. - KitaReporters


Guru SRA Batu 13 Puchong bergotong-royong mencuci lantai kantin yang diliputi lumpur.


Pegawai Pemasaran Nasyrul Quran Putrajaya, Umar Abdul Kadir (kiri) menyerahkan naskhah baharu al-Quran kepada Alias yang akan diinfakkan kepada SRA Batu 13 Puchong.

34
17
0
9
0
You will be interested