Gaya Hidup 03 Jan, 2021

Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia! Tahun 2019 lebih sejahtera daripada 2018! Tahun 2020?

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Editor portal berita dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

BAGI menentukan tahap kesejahteraan hidup rakyat di negara ini, kerajaan kita mengguna pakai kaedah khas untuk mendapatkan fakta berkenaan. Kaedah yang diberi nama Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) itu diselia dan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia. Sejahterakah rakyat Malaysia? : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan Jabatan Perangkaan:

https://kitareporters.com/search?search=jabatan+perangkaan


Untuk IKRM tahun 2019, Jabatan Perangkaan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus kepada 121.0 mata berbanding 120.3 mata indeks pada tahun 2018

Kejayaan yang cukup mengembirakan ini telah disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada tahun 2019.

Pengiraan IKRM bagi tahun 2019 meliputi 26 indikator ekonomi dan 42 indikator sosial, dengan keseluruhannya 68 indikator. Setiap indikator ini adalah selaras dengan keperluan dan situasi semasa di negara kita. 



Terbaharu, laporan berkenaan turut mengalami proses tambah baik dengan menambahkan satu indikator baharu iaitu penyakit berjangkit dalam komponen kesihatan pada indikator kesejahteraan berkenaan.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, peningkatan indeks ini sebenarnya didorong oleh pertumbuhan kesejahteraan ekonomi dalam negara iaitu 2.3 peratus kepada 131.8 mata indeks pada tahun 2019 berbanding 128.8 mata indeks pada tahun 2018 sebelumnya.

Namun demikian, Jabatan Perangkaan merekodkan kesejahteraan sosial telah mengalami penurunan sebanyak 0.6 peratus daripada 115.6 mata indeks pada tahun 2018 kepada 114.9 mata indeks pada tahun 2019.

Tambah Mohd Uzir lagi, kelima-lima komponen ekonomi dan enam daripada sembilan komponen sosial mencatatkan pertumbuhan yang ketara dan positif pada tahun 2019.



"Tiga indeks tertinggi dalam kesejahteraan ekonomi adalah komponen pengangkutan (139.6 mata indeks), diikuti komponen pendidikan (133.2 mata indeks) dan komunikasi (130.9 mata indeks).

"Manakala dari segi kesejahteraan sosial pula, tiga indeks tertinggi ialah hiburan dan rekreasi (132.5 mata indeks), keselamatan awam (132.3 mata indeks) dan tadbir urus (122.7 mata indeks)," katanya.

IKRM ini boleh dijadikan penanda aras dalam kita melihat sejauh mana kualiti hidup masyarakat di negara ini. 

Adakah indeks kesejahteraan rakyat kita akan kian meningkat untuk tahun 2020 dan 2021 ini memandangkan kita sedang berhadapan dengan serangan pandemik COVID-19? - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested

Video| Menyusuri Amazon Terengganu! Program Berkayak Mesra Felcra Sungai Berang! Uji ketahanan!

Seramai 25 kakitangan Felcra mewakili 5 kawasan sahut cabaran Program Berkayak Mesra Felcra di Sungai Berang, Hulu Terengganu sejauh 20km bagi eratkan ukhuwah

Jom lawat Terengganu, boh! 22 acara disediakan! Isi kalendar pelancongan 2022! Macam-macam ada!

Terengganu senaraikan 22 acara bagi isi kalendar aktiviti pelancongan yang akan diadakan sepanjang tahun 2022 ini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Allahu! Tular video Aliff Aziz imamkan solat sebelum bertanding! Bella turut jadi jemaah!

Tular video Aliff Aziz sedang imamkan solat maghrib secara berjemaah di sebuah bilik di PICC, tempat berlangsungnya final GV8. Ada 3 jemaah lelaki dan 1 wanita
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 12 hours ago

Video| Tiada Kecurigaan dalam hati Adibah Noor! GV8 bawa tuah! Guna wang kemenangan bayar hutang!

Adibah Noor gunakan GV8 untuk promosi single terbaharunya berjudul Kecurangan yang baru dilancarkan. Guna wang kemenangan untuk bayar hutang, tebus barang kemas
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 14 hours ago

Keluarga Malaysia: MPBP, JPKD Penggaram turun padang! Agih kotak rezeki penduduk taman perumahan!

JPKD Penggaram Batu Pahat agihkan sumbangan Kotak Rezeki Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) kepada 30 keluarga penduduk yang kesempitan di kawasan Zon 12 MPBP
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 1 day ago