Seni & Sukan 24 Nov, 2020

Syukur! Aktiviti agama di masjid, surau Terengganu dibenarkan

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

UMAT Islam di Negeri Terengganu kini menarik nafas lega apabila hasrat mereka untuk mengimarahkan tempat beribadah termasuk masjid dan surau dengan aktiviti keagamaan kini boleh diteruskan seperti biasa. Ini berikutan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk membenarkan semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan berjalan di masjid dan surau di negeri ini berkuat kusa serta merta. : KitaReporters


Solat berjemaah di masjid dan surau di Terengganu masih perlu mengikut SOP


Datuk Osman Muda


Lagi kisah-kisah berkaitan MAIDAM:

https://kitareporters.com/search?search=maidam


Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran itu adalah selaras dengan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terengganu pada 21 November 2020.

"Semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau dibenarkan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan Media pada Selasa, 24 November 2020.


Kenyataan Media MAIDAM


Sehubunganitu,  kebenaran tersebut, had umur minimum yang dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid dan surau diturunkan kepada 12 daripada 15 tahun sebelum ini.

Katanya, jawatankuasa masjid dan surau dikehendaki memastikan ahli Jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Kenyataan Media MAIDAM


"Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengharapkan agar semua pihak termasuk rakyat jelata mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa," tambah kenyataan itu. 

Dalam perkembangan lain, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melaporkan tiada pertambahan kes sembuh atau kes baru COVID-19 direkodkan oleh jabatan itu pada 24 November 2020 menjadikan bilangan kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu kekal sembilan kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234 kes.


Status COVID-19 di Terengganu pada 24 November 2020


Kesemua sembilan kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. 

Sehingga ini, Negeri Terengganu mempunyai tiga zon aktif iaitu Zon Kuning di mukim Rusila, Mukim Merchang dan Mukim Pulau Kerengga dalam Daerah Marang. - KitaReporters

2
0
0
1
0
You will be interested