Seni & Sukan 27 Nov, 2020

Tahniah KRT Jalan Melati! KRT paling aktif di daerah Dungun!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

BUKAN mudah untuk mencapai kejayaan untuk membentuk organisasi sukarela jika tidak ada persefahaman dalam kepemimpinan dan sokongan padu ahli Jawatankuasa serta komuniti. Tanpa kerjasama banyak pihak sudah tentu usaha untuk meletakkan status organisasi terbabit menjadi terbaik dan disegani ahli masyarakat amat sukar menyebabkan banyak organisasi yang ditubuhkan mati tidak berkubur. : KitaReporters


Program mengacau bubur asyura mendekati komuniti


Lagi laporan-laporan berkaitan KRT:

https://kitareporters.com/search?search=KRT


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Melati, Dungun, Terengganu antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang boleh dijadikan contoh kepada pertubuhan sukarela lain kerana mampu menghadapi cabaran dalam menghadapi pelbagai suasana untuk terus kekal dan releven sehingga sekarang.

Pengasasnya, Mohd Amran Che Mood berkata, usaha menubuhkan KRT berkenaan yang bertujuan untuk menyatupadukan penduduk setempat melalui pelbagai program kemasyarakatan pada awalnya menghadapi kesukaran kerana ramai yang tidak faham dengan fungsi KRT. 


Mohd Amran Che Mood


Katanya, selepas usahanya mempelbagaikan aktiviti yang disesuaikan dengan kehendak dan cita rasa penduduk setempat akhirnya menampakkan sokongan dan minat masyarakat untuk mendekati program anjuran KRT berkenaan.

Ditubuhkan pada 27 Mei 2014 dan selepas enam tahun beroperasi keupayaan organisasi itu mendampingi masyarakat baharu terserlah apabila banyak kejayaan dicapai dalam tempoh tersebut.

Mohd Amran berkata, meskipun KRT tersebut tidak mempunyai bangunan sendiri untuk dijadikan pejabat operasi seperti sesetengah KRT lain di negeri Terengganu dan terpaksa menggunakan rumah ahli jawatankuasa dan surau sebagai pejabat ia tidak mematahkan semangat ahli untuk terus berkhidmat sukarela. 


Skuad Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Jalan  Melati, Dungun sentiasa menjaga keselamatan komuniti


“Hasil kerjasama erat ahli Jawatankuasa dan bekerja tanpa penat dan jemu malah tiada sebarang imbuhan diterima, KRT ini terus menonjolkan diri sebagai KRT paling aktif di Daerah Dungun,” katanya.

Beliau berkata, buktinya KRT tersebut banyak menerima anugerah dan penghargaan bukan sahaja daripada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), malah agensi dan jabatan lain termasuk pihak swasta turut menyokong usaha yang dilakukan oleh KRT tersebut. 


Ahli Jiran Wanita KRT Jalan Melati, Dungun tenaga penggerak membantu aktiviti kejiranan


Antara kejayaan yang dicapai sepanjang enam tahun ditubuhkan termasuklah Anugerah Emas Penggunaan Sistem Maklumat RT (e-RT), Pengurusan KRT Cemerlang, Anugerah Perdana KRT, Keaktifan dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS), Anugerah Duta Perpaduan dan banyak lagi anugerah diterima.

Manakala anugerah terbaharu pada 2020 ialah Anugerah Lokaliti KOSPEN Terbaik Negeri Terengganu sempena Program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) sempena Hari Jantung Sedunia Peringkat Kebangsaan pada Oktober 2020. 


Mohd Amran (kanan) menerima anugerah Lokaliti KOSPEN Terbaik Negeri Terengganu daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu Dr  Alias Razak


Mengenai kegiatan Mohd Amran berkata, pihaknya melaksanakan program berasaskan khidmat sosial, keagamaan, pependidikan, riadah, keselamatan, kesenian dan kesihatan. 

Mohd Amran, yang bertugas di Politeknik Sultan Mizan Dungun selain pengasas KRT tersebut beliau juga  turut aktif dalam pelbagai NGO termasuk Mediator Komuniti dan pengasas Kelab Dikir Barat Seri Perkasa dan Penguasa RELA (Bersekutu) di politeknik tersebut.

Beliau mengakui kejayaan yang dicapai oleh KRT tersebut turut dibantu pegawai JPNIN Negeri Terengganu dan Daerah Dungun serta pembabitan KRT itu sendiri dengan jabatan-jabatan lain kerajaan di daerah itu. - KitaReporters 


Mohd Amran (tiga dari kiri) menerima Anugerah Emas daripada JPNIN Terengganu

9
1
0
0
1
You will be interested