Lagi cerita-cerita berkaitan berkahwin:
https://kitareporters.com/search?search=berkahwin
Berkahwin dengan Yoyo anggota kumpulan Padi pada 18 Mac 2004 ketika berusia 24 tahun dan bercerai pada 22 Jun 2009.
Rossa sering didekati sejumlah lelaki. Namun gossip paling panas ialah apabila dia berkawan dengan penyanyi Afgan (Afgansyah Reza) yang jauh lebih muda daripadanya.
Ramai yang menjangka hubungan Rossa dan Afgan, 31, akan berakhir di pelaminan melihat keakrapan mereka di atas dan di luar pentas.
Namun dalam segmen program hiburan HotKiss di Indosiar pagi Jumaat, 21 Ogos 2020, Rossa mengatakan dia sudah mempunyai lelaki pilihan untuk dijadikan suami keduanya dan berharap dapat merealisasikan pernikahan pada tahun depan (2021) iaitu sebelum dia berusia 43 tahun pada 9 Oktober 2021.
Rossa atau nama lengkapnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, menafikan lelaki itu adalah Afgan, namun masih belum bersedia memperkenal lelaki yang berjaya meluluhkan hatinya setelah 11 tahun menjanda.
Rossa akan merakam lagu dalam bahasa Korea
Rossa selain popular di Indonesia turut dikenali di Malaysia dan Singapura.
Kini salah sebuah lagunya yang dirakam dua tahun lalu iaitu ‘Hati Yang Kau Tersakiti’ kembali popular apabila menjadi lagu tema siri drama ‘Suara Hati Isteri’ yang disiar di Indosiar setiap hari, yang kini menjadi siri drama paling popular di Indonesia.
Di samping itu, ketika kurang kegiatan seni sepanjang pandemik Covid-19, Rossa menghabiskan masa di rumah dengan menonton serial drama Korea di beberapa stsesen TV. Ia menarik minatnya untuk belajar bahasa Korea. Malahan Rossa ingin merakam lagu-lagu popularnya ke dalam bahasa Korea untuk dipasar di negara itu.
Baru-baru ini, Rossa merakamkan album demo lagu ‘Suara Hati Isteri’ dalam bahasa Korea dengan judulnya ‘Sangcheo Badeun Maeum’.
Konsert itu merupakan gabungan bintang pop dan bintang dangdut yang turut disertai puluhan artis dan berlangsung secara langsung selama tiga jam. - KitaReporters