Seni & Sukan 19 Aug, 2020

Video muzik terbaharu! Nabila Razali beri MK 'Peluang Kedua'

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SEMASA negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran wabak COVID-19, Nabila Razali mempertaruhkan single terbaharunya ‘Peluang Kedua’ dan berjaya meraih lebih 12 juta tontonan walaupun menggambarkan lirik lagunya sahaja. Kini, dia melancarkan video muzik rasmi lagu berkenaan. Berapalah pula tontonannya?? : KitaReporters 


Lagi cerita-cerita berkaitan Nabila Razali: 

https://kitareporters.com/search?search=nabila+razali


Tahun lalu, lagunya ‘Vroom Vroom’ yang menampilkan pelakon Fendy Bakry mampu mencapai lebih sejuta tontonan dengan 38,000 tanda suka  selepas empat hari dilancarkan. 

Ketika negara berada dalam tempoh PKP angkara wabak COVID-19, Nabila mempertaruhkan single terbaharunya ‘Peluang Kedua’ dan berjaya meraih lebih 12 juta tontonan walaupun menggambarkan lirik videonya sahaja.  Dan terkini, ‘Peluang Kedua’ itu ditunaikan sekali lagi dengan melancarkan video muzik rasmi lagu berkenaan dalam saluran YouTube miliknya, Nabila Razali Entertainment. 

“Alhamdulillah, selepas lama menunggu akhirnya siap juga video muzik (MV) ‘Peluang Kedua’. Pada awal perancangannya MV ini sepatutnya dilancarkan sekali dengan lagu tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan kami terpaksa menangguhkan penggambaran. 

"Saya anggap ada hikmah di sebalik ujian itu,” ujar Nabila pada majlis pelancaran video muzik rasmi lagu 'Peluang kedua' itu di ibu pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Selasa, 18 Ogos 2020.



Turut hadir Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong  (kiri) serta tiga anggota kumpulan MFMF yang bersama menyaksikan Nabila memotong pulut kuning tanda kesyukuran pelancaran disempurnakan.

Lagu ciptaan komposer prolifik, Hael Husaini dan kumpulan MFMF ini mendapat sambutan hangat waima menjuarai semua carta radio dan streaming termasuk carta RIM sejak dilancarkan pada April 2020 lalu apatah lagi ia mencatat sejarah tersendiri buat Nabila apabila mendapat 3 juta tontonan dalam tempoh seminggu ia dilancarkan.

“Jadi video muzik ini adalah hadiah saya kepada peminat dan pendengar yang menjadikannya juara,” ujar Nur Nabila Mohd Razali, 27 tahun.

Kredit foto: IG MK K-Clique @hairiwhuut dan IG Nabila @nabila.razali.


Lebih menaik, video muzik ‘Peluang Kedua’ menampilkan pembaharuan apabila bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 ini berkolaborasi bersama penyanyi rap terkenal MK daripada kumpulan K-Clique.

Penampilan MK memberikan nafas baharu kepada lagu-lagu Nabila sebelum ini dan tentu sekali bertepatan juga dengan norma baharu yang dipraktikkan ramai dewasa ini di mana ini juga pertama kalinya Nabila berlakon dan menyanyi lagu berunsur cinta.

“Sebenarnya lama juga kami mencari hero untuk video muzik ini. Ramai nama yang muncul dan sesuai untuk video muzik itu tapi dalam ramai-ramai itu MK paling mendapat perhatian. Dia boleh menyanyi rap dan beri aura baru kepada lagu asal,” jelas pelakon siri drama ‘Kebaya Kasut Kanvas’ yang kini sedang ditayangkan di slot drama pukul 6, TV3 sejak 12 Ogos 2020 lalu.

Tentu korang pun tak sabar kan nak menonton sisi terbaharu Nabila bersama MK dalam video muzik yang dirakamkan penggambarannya selama dua hari  di Cameron Highlands, Pahang ini?

Baharu beberapa jam dilancarkan hari ini melalui  Youtube Nabila Razali Entertainment, video muzik ‘Peluang Kedua’ sudah mencapai 450,000 tontonan setakat tengah hari, Rabu 19 Ogos 2020. 

Manakala, lagu ‘Peluang Kedua’ versi baharu edaran Universal Music Malaysia ini sudah boleh didapati di platform digital sperti Spotify, Apple Music, iTunes, JOOX, KKBox dan juga Deezer di semua pelantar streaming minggu ini. - KitaReporters


86
4
5
4
5
You will be interested