CONTOH wang palsu RM100 yang digunakan suspek membeli di tapak Ekspo di Bandar Sri Jempol. kredit Foto: mstar.com
TAKTIK licik seorang wanita yang menggunakan wang palsu bernilai RM100 untuk membeli beli-belah di tapak ekspo di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan akhirnya tumpas selepas ditahan oleh sekumpulan peniaga di tapak berkenaan.
Ketua
Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 33
tahun sebelum itu membeli pakaian di tapak ekspo pada jam 10.30 malam Jumaat,
22 April 2021.
“Suspek
dipercayai datang ke ekspo berkenaan dengan seorang rakan yang menunggu di
dalam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran ekspo berkenaan.
"Suspek
kemudian membeli pakaian berharga RM40 di sebuah gerai dengan menggunakan
sekeping wang kertas RM100 dan peniaga memulangkan baki sebanyak RM60 kepada
suspek tanpa menyedari duit itu palsu,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian pada
Jumaat, 23 April 2021.
Chang
Hook menambah, peniaga yang menerima wang berkenaan curiga dengan wang
berkenaan sebelum ke gerai seorang
peniaga lain untuk membuat pemeriksaan ke atas wang tunai berkenaan.
Hasil
pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas wang mendapati wang berkenaan adalah
palsu," katanya
Suspek
kemudian ditahan oleh sekumpulan peniaga
ekspo berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Bandar Seri Jempol.
Katanya,
siasatan polis mendapati suspek memiliki tiga keping wang kertas RM100 yang
didakwa diterima hasil jualan telefon bimbitnya.
"Suspek
turut mengakui menggunakan wang berkenaan bagi urusan membeli barang lain di
tapak ekspo berkenaan. Suspek direman selama empat hari bermula hari ini
sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 489C Kanun
Keseksaan," katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter