Gaya Hidup 14 Aug, 2021

Paralimpik 2020: Dek Wan bukan prospek emas! Tak kecewa! Sahut cabaran, janji bawa balik pingat!

@rodli nayan @ rodly fadly
Berpengalaman hampir 40 tahun dalam bidang kewartawanan, antaranya sebagai pengarang majalah Arena Bolasepak, Mingguan Sukan dan Bola Perdana, juga bertugas sepenuh masa serta sambilan bersama Berita Harian, Harian Metro, Mingguan Perdana dan Sinar

Share this

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi memenangi pingat emas Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. - Kredit foto: Instagram Ridzuan Puzi


Atlet para, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi tidak terasa hati apabila namanya tercicir daripada senarai prospek pingat emas negara pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan bermula 24 Ogos hingga 5 September, 2021, sebaliknya menyambut berita itu sebagai cabaran.

Ridzuan atau lebih mesra dengan panggilan Dek Wan, yang menyumbang pingat emas melalui acara 100 meter T36/F36, pada temasya sama empat tahun lalu tetap menjanjikan prestasi terbaik walaupun menyedari saingan kali ini lebih sengit berbanding di Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan Paralimpik


“Saya sedar saingan kali ini lebih sengit kerana ramai atlet muda dari negara lain muncul. Saya tak kecil hati bila tidak diletakkan sasaran untuk menang emas sebaliknya saya anggap itu sebagai cabaran.

“Apa yang boleh saya janjikan adalah saya akan melakukan yang terbaik untuk membawa balik pingat apatah lagi ini mungkin Paralimpik terakhir saya,” kata Ridzuan.

Berdasarkan ranking terkini dunia, Ridzuan berada di belakang pelari Australia, James Turner dan atlet China, Yang Yifei yang mengunguli acara itu pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 2019 lalu.


Jurulatih, Jeganathan menjangka Ridzuan akan menerima saingan sengit daripada peserta lebih muda pada Paralimpik 2020, Tokyo.


Hakikat ini diakui Ketua Jurulatih Olahraga Paralimpik negara, R. Jeganathan yang menjangka Ridzuan akan menerima cabaran sengit dalam usahanya mempertahankan pingat emas dimenangi lima tahun lalu.

“Ikut ranking terkini, Ridzuan mungkin berada pada kedudukan ketiga atau keempat dunia. Dia sudah berusia 33 dan sebagai pesakit palsi serebrum, otot serta tendonnya semakin menegang apabila meningkat usia, sedangkan lawannya nanti adalah atlet-atlet muda yang pasti lebih bertenaga.

“Atas faktor itu kita tidak meletakkan harapan tinggi ke atas Ridzuan kali ini. Tapi, dia tetap menjadi prospek kita untuk membawa pulang pingat walaupun mungkin bukan emas,” kata Jega.

Pada temasya Paralimpik Rio, lima tahun lalu, Ridzuan merupakan trio yang menyumbangkan emas bersama pelontar peluru, Ziyad Zolkefli dan atlet lompat jauh, Abdul Latif Romly, manakala atlet lompat jauh, Siti Radiah Ismail membawa pulang gangsa.


Trio emas Paralimpik 2016, (dari kiri) Latif, Ziyad dan Ridzuan. - Kredit foto: Instagram Ridzuan Puzi.


Ziyad dan Abdul Latif sekali lagi menjadi sandaran negara kali ini sambil harapan menggunung turut diletakkan ke atas pemain badmiton, Cheah Leik Hou; atlet memanah, S Suresh; dan atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin untuk memenuhi impian membawa pulang sekurang-kurangnya tiga emas.

Ia dilihat realistik bagi menyamai pencapaian di Rio, lima tahun lalu apabila kontinjen negara berjaya membawa pulang tiga emas dan satu gangsa melalui Ziyad, Latif, Ridzuan dan Siti Radiah.

Sasaran itu diumumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mewakili menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam Majlis Pengukuhan Kontinjen Paralimpik ke Tokyo dan Penghargaan Penaja yang diadakan secara maya, pada Khamis,12 Ogos, 2021.


Ridzuan menjalani latihan keras sebagai persiapan ke Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.


Selepas gagal memenuhi impian membawa pulang emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2020, yang berakhir baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah pasti kini mengalih tumpuan kepada atlet para untuk menebus kekecewaan itu.

Pada Olimpik di Tokyo itu, Malaysia hanya membawa pulang satu pingat perak melalui pelumba basikal, Datuk Azizulhasni Awang dan gangsa daripada beregu lelaki badminton, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. - KitaReporters



Senarai atlet ke Paralimpik 2020, Tokyo:

Olahraga: Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee; Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin.

Berbasikal: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais; Nurul Suhada Zainal

Renang: Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli; Jamery Siga

Memanah: S. Suresh; Wiro Julin

Badminton: Cheah Liek Hou; Didin Terasoh

Boccia: Chew Wei Lun

Powerlifting: Bonnie Bunyau Gustin; Jong Yee Khie

Ping Pong: Chee Chaoming

Tenis Kerusi Roda: Abu Samah Borhan

2
0
1
0
0
You will be interested

Video| Jom havoc! Pesta Kopi KL 4, 5 Dis! Konsert maya Blues Gang, Blues Valley Jam! 28 Dis 2021!

Pesta Kopi KL di Kasturi Walk, Pasar Seni di KL pada 4, 5 Dis 2021 dan konsert sempena ulang tahun ke-48 Blues Gang, Blues Valley Jam secara maya, 28 Dis 2021

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Video! Macam nak tercabut pinggul! Fazley belajar gelek dangdut! Agar tak tersingkir dari GV8!

Untuk episod ketiga GV8, Fazley Yaakob diberikan lagu berjudul Yang Sedang-Sedang Saja. Selain perlu menyanyi secara dangdut, dia juga belajar berjoget dangdut
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 hour ago

Demi peminat setia! Nico G lancar barang eksklusif! Sempena penyertaan Gegar Vaganza musim 8!

Sempena penyertaan dalam program realiti, Gegar Vaganza 8, Nico G tak lepas peluang untuk kembali dekati peminat dengan cara lancarkan barangan eksklusif Nico G
News Editor 1 in Gaya Hidup 2 hours ago

Piala Emas Raja-raja kembali! Capai ulang tahun 100 tahun pada 2022! Piala Agong pembuka tirai!

Piala Malaysia yang masuki 100 tahun penganjuran pertandingannya, kejohanan bola sepak, Piala Emas Raja-raja turut akan cecah angka usia itu pada tahun 2022 ini
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 6 hours ago

Covid-19: Terengganu catat 768 kes kematian! 77.5% (595) kes babitkan individu tidak divaksin!

Terengganu rekodkan 595 kes kematian berpunca daripada Covid-19 babitkan individu yang tidak pernah divaksin atau 77.5% daripada 768 kematian secara keseluruhan
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 9 hours ago