Seni & Sukan 19 Nov, 2020

Flat di Perai jadi tong sampah! Biar miskin jangan pengotor!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Hahn Zulkifli telah berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaan menjijikkan sebuah rumah flat di Pulau PinangDalam Twitternya itu, lelaki tersebut berkongsi tiga ciapan mengenai keadaan rumah flat dan menggambarkan ia sebagai penempatan untuk golongan miskin bandar.  : KitaReporters


Keadaan yang menjijikkan ini boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.


Lagi kisah-kisah berkaitan kebersihan:

https://kitareporters.com/search?search=kebersihan


“Keadaan hidup miskin bandar di Pulau Pinang. Lokasi: Flat E2, Perai,” tulisnya ringkas berserta beberapa keping gambar.



Sekiranya dilihat dari luar dan jauh, tiada apa-apa yang luar biasa, hanya ‘sepacak’ rumah flat menjulang tinggi. Pandangan biasa bagi kawasan bandar yang padat dengan penduduk. 

Namun, apabila melihat lebih dekat dan masuk ke dalam kawasannya, ia tidak ubah umpama tong sampah gergasi yang menjadi tempat pembuangan sampah! 


Dari luar, rumah flat ini kelihatan bersih dan sama seperti rumah flat yang lain.


Sampah dibuang di merata-rata tempat.


Justeru, tidak hairanlah ciapan tersebut mendapat reaksi daripada netizen. 

Pelbagai pendapat mula dilontarkan. Ada yang menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT), ada juga yang menyalahkan pihak pengurusan flat dan paling ramai menyalahkan penghuni rumah flat tersebut.

“Ada dua je masalah, pertama, sikap penduduk sendiri yang mengabaikan masalah kebersihan dan pemalas. Jangan salahkan orang lain punca flat kotor.

“Kedua, yuran penyelenggaraan dibayar setiap bulan tetapi pihak berwajib tidak menjalankan tugas dengan baik, kebanyakannya makan gaji buta,” tulis salah seorang netizen.



Manakala seorang netizen lagi tidak mahu menyalahkan PBT kerana tahu masalah tersebut berpunca daripada penghuni itu sendiri.

“Flat ini berdekatan dengan pejabat saya. Sumpah kotor! Orang sini juga cakap kawasan ni selalu kena denggi. Tetapi serius cakap tak tahu nak cakap ni kawasan perumahan atau tempat pelupusan sampah. Maaf cakap, bukan salah kerajaan tempatan kalau penduduk sendiri yang campak sampah dari pintu,” katanya.



Selain itu, ramai juga yang menyalahkan sikap penghuni rumah flat tersebut. Dakwa mereka, biarpun diri miskin tetapi jangan jadi pengotor! Ada juga yang kata, miskin bukan alasan untuk jadi pengotor.

“Memang orang miskin sekali pakej dengan pengotor ke? Saja tanya. Miskin satu hal. Tapi kalau pengotor ni boleh disekalikan dengan miskin akhlak. Orang macam ni bagilah bantuan banyak mana pun tetap takkan berubah,” tulis netizen.



Namun, ada juga yang mendakwa rumah flat tersebut bukan dihuni oleh warga tempatan, sebaliknya warga asing. Jadi, tidak hairanlah ia kotor.

“Setahu aku flat ni bukan orang tempatan kita yang duduk, tapi warga asing. Dulu orang ramai ramai juga. Sekarang ni masing-masing dah tak tahan nak hidup berjiran dengan warga asing yang macam ni. Jadi, ramai dah pindah. Jadi puak-puak mereka je duduk bersarang di sini,” dakwa seorang lagi netizen.



Persoalannya, bagaimana mereka boleh hidup dalam keadaan seperti itu? Tidakkah sakit mata mereka melihat kekotoran di mana-mana sahaja waima di hadapan pintu rumah sendiri pun? 

Apa jua alasan, perkara ini perlu dipandang serius oleh semua orang tanpa menuding jari sesama sendiri. Sampai bila kita mahu dibelenggu minda kelas ketiga. - KitaReporters


Tangga yang berlumut mencacatkan pemandangan.


1
2
3
0
2
You will be interested