Seni & Sukan 30 Jun, 2020

Panas isu rogol! PU Syed beri penjelasan! Masih keliru lagi?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

HANGAT dalam media sosial isu mengenai rogol dan mangsa rogol. Ramai yang berdebat menentukan siapakah yang bersalah sama ada perogol atau mangsa rogol yang berpakaian dan beraksi seksi dalam media sosial. Isu ini mula timbul apabila artis dan juga selebriti Fynn Jamal membangkitkan isu jenayah rogol dalam media sosial. : KitaReporters

Pandangan Fynn yang mencetuskan kontroversi.


Menurut Fynn, perogol tidak boleh disalahkan seratus peratus kerana mangsa iaitu wanita juga penyumbang yang menyebabkan jenayah itu berlaku

Dakwanya ada sesetengah wanita waima yang bertudung pun suka mengambil gambar keterlaluan sehingga menaikkan nafsu syahwat lelaki yang melihatnya.

Namun, pendapat atau pandangan Fynn itu telah mencetuskan kemarahan netizen kerana ia agak mengelirukan.

Lebih membuatkan netizen marah, Fynn mula mengaitkan hujahnya dengan menyebut nama Rasulullah SAW.


Isu menjadi semakin besar apabila penyanyi rap, Caprice tidak setuju dengan pendapat Fynn dan akhirnya mereka berdebat dalam Instagram Live bagi membincangkan isu tersebut.

Terbaharu, isu tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas Syed Bakri Al Yahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed.

Melalui video yang dikongsi dalam Instagramnya, PU Syed menjelaskan tentang rogol dan mangsa rogol mana satu yang bersalah.


“Penerangan ambe (saya) bagi isu Fynn Jamal mengenai perogol dan yang dirogol. Istilah rogol ni nampak sangat jijiknya, kadang kita guna istilah perkosa.

“Sedikit penerangan daripada ambe, agar media tak putar belitkan respons ambe kepada Astro Gempak baru-baru ini mengenai isu pandangan Fynn Jamal dalam perkara yang ambe tulis di atas," jelasnya.

Semoga penjelasan daripada PU Syed, segala persoalan menjadi jelas dan tiada lagi yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan melaga-lagakan orang lain. - KitaReporters

3
6
0
0
0
You will be interested