Seni & Sukan 09 Jul, 2020

11 maut dalam letupan! Cuba curi minyak lori tangki terbalik

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

GARA-GARA mahu mencuri minyak dari lori tangki yang terbalik, 11 orang maut dengan tujuh daripadanya rentung apabila lori berisi 5,000 liter minyak itu tiba-tiba terbakar dan meletup sebelum membakar `pencuri` berkenaan hidup-hidup. : Kitareporters.com.

Lori tangki yang terbalik tiba-tiba meletup dan membakar mereka yang mahu mencuri minyak.


Seramai 52 orang lagi cedera parah dalam satu kemalangan yang dilaporkan di perkampungan Magdalena, Colombia apabila pemandu lori tangki berkenaan, Manuel Catano yang dilaporkan sedang memandu kenderaan berkenan tiba-tiba dihalang oleh seekor buaya gergasi jenis caiman, yang menyebabkan lori terbabas serta terbalik.

Sebelum kebakaran bermula


Mungkin mengingatkan rezeki di depan mata, ramai penduduk sekitar Pueblo Viejo, sempadan bandar Barranquilla dan Santa Marta di pinggir pantai Carribbean yang melihat kejadian itu, kemudian beramai-ramai menyerbu lori untuk mencuri minyak tanpa mengetahui minyak itu mudah mencetuskan kebakaran.

Ramai mangsa yang terbakar itu lari ke jalan raya yang sibuk dengan lalu lintas untuk menyelamatkan diri sambil meraung kesakitan sebaik api merebak membakar seluruh badan.

Akhirnya 11 disahkan maut dan 7 daripadanya rentung dengan rangka bergelimpangan.

Datuk Bandar di Magdalena, Carlos Calcedo dalam laporannya kepada AFP menyebut ada yang terbakar 90 peratus dan mereka kini dihantar ke hospital pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Rentung lori dan penduduk yang mahu mengambil minyak 


Dalam satu rakaman video pula menunjukkan penduduk berkerumun di sisi lori itu dengan disaksikan oleh anggota polis yang cuba menasihatkan mereka tetapi tidak diendahkan. 

Tidak lama kemudian, kelihatan tercetus api dan mula marak sebelum membakar penduduk itu.

Kebakaran itu bukan saja memusnahkan seluruh lori tangki itu tetapi turut membakar orang berhampiran.

Catano memberitahu agensi berita Colombia, Noticias RCN, dia sedang memandu lori tangki dengan membawa 5,000 liter minyak sebelum dihalang oleh seekor caiman gergasi (sejenis buaya) yang melintas. 

Lori langki berkenaan terbalik di kawasan rumput berhampiran.

Buaya yang menghalang pemandu lori tangki


Dia sempat menyelamatkan diri dengan memanjat keluar dari tempat pemanduan lori tanpa sebarang kecederaan.

Ketika itulah tiba-tiba penduduk di situ menyerbu kawasan kemalangan untuk mencuri minyak dari lori terbalik itu.

"Saya sudah cakap itu minyak gasolin premium dan boleh terbakar dengan mudah." Catano yang mulanya berfikir penduduk yang datang itu untuk membantunya.

Bagaimanapun, Catano pula diugut supaya jangan `masuk campur`sambil penduduk menyambung paip ke lori berkenaan untuk mengalirkan minyak keluar. 

Belum sempat berbuat apa-apa, api tercetus dan letupan besar terjadi yang menyebabkan penduduk berkenaan mati `dipanggang` hingga rentung.

Noticias RCN melaporkan sebelum letupan itu, Catano cuba meminta bantuan dua anggota polis berkenaan untuk mengawal penduduk itu dan dia bersama-sama mereka sedang menuju ke arah lori itu sebelum disertai beberapa anggota polis lagi tetapi keadaan bertukar menjadi tidak terkawal. - KitaReporters

2
1
5
1
1
You will be interested